[VIDEO] Selepas tular dis!ndir mvka berjer4wat, pemuda dapat ‘date’ dengan Hawa Rizwana

Kisah seorang pemuda disindir kerana memiliki wajah sedikit berbeza dengan apa yang dikongsi di media sosial berakhir dengan kegembiraan.

Menerusi beberapa hantaran di TikTok, pasukan radio ERA FM telah membawa pemuda tersebut yang dikenali sebagai Azfar untuk bertemu dengan pengacara dan pelakon Hawa Rizwana.

Menang besar!

@era.je

Menang besar!! Cayalah @azfarzenn ! Dapat makan candle light dinner dengan @hawarizwana la guys 😍 #sharERA #3PagiERA

♬ original sound – ERA – ERA

mereka telah menaja makan malam istimewa antara Azfar dan Hawa di sebuah kafe terkenal di sekitar Shah Alam, Selangor.

Awalnya, pemuda berusia 20 tahun itu kelihatan sedikit gementar untuk bertemu dengan Hawa namun jelas kelihatan kegembiraan di wajahnya selepas mendapat peluang tersebut.

“Saya nervous,” kata Azfar kepada penyampai ERA FM, Radin.

Tidak cukup dengan itu, Hawa yang juga penyampai ERA FM menyediakan kejutan buat Azfar dengan memberikan sejambak bunga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

“Ini pertama kali saya dapat bunga,” ujar Azfar.

Sebaik tiba di kafe tersebut, kehadiran mereka disambut dengan petikan gitar daripada seorang lagi penyampai ERA FM iaitu Namie.

Azfar juga bertindak seperti seorang lelaki romantik dengan menarik kerusi untuk Hawa sebelum mengambil tempat duduknya berhadapan dengan wanita berkenaan.

Dalam pada itu, Radin dan Namie juga menghiburkan pasangan itu dengan menyanyikan lagu Akad nyanyian Payung Teduh.

Makan malam itu diakhiri dengan video ucapan daripada Azfar yang menyatakan rasa sebak dan terima kasih atas peluang membawanya bertemu dengan Hawa.

“Saya cuma nak cakap terima kasih sebab kali pertama dalam hidup saya dapat rasa semua ni. Saya rasa sebak jugalah.

“Saya juga nak berterima kasih kepada Hawa sebab sudi makan dengan saya, walaupun tengah hadap benda yang teruk dalam hidup saya ni tapi awak sudi teman saya,” katanya.

@era.je

Hahaha nervous @hawarizwana ! @azfarzenn dah feeling habis boleh pulak terjatuh garfu 😅 harap awak happy dan terhibur ya Azfar #sharERA #3PagiERA

♬ original sound – ERA – ERA

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet gembira dengan kejutan ERA FM buat Azfar selepas apa yang dilalui pemuda tersebut baru-baru ini.

Keyakinan dia dah ada balik.

Azfar berkongsi satu video di TikTok menunjukkan dia ‘ditolak’ oleh seorang gadis kerana wajahnya berjerawat dan berbeza dari apa yang dikongsi di media sosial akibat menggunakan ‘filter’.

Perkongsian itu meraih perhatian netizen dan ramai menitipkan kata-kata semangat buat Azfar supaya dipertemukan dengan insan yang menerima kekurangan diri seadanya.

Sumber: TikTok & Instagram ERA FM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber ; https://www.meledak.co/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*