Bah4yakan diri demi c0ntent… Gadis ini cerita pengalaman hirup udara segar atas Sleeper Train – “Sekali seumur hidup, why not?”

SEORANG gadis tular di media sosial selepas berkongsi pengalamannya menaiki Sleeper Train dari Gemas, Negeri Sembilan ke Dabong, Kelantan baru-baru ini.

Video pada 11 November memaparkan Aleeya Farhanis, 26, yang berdiri di pintu gerabak ketika kereta api sedang bergerak turut mencuri perhatian sehingga beberapa netizen membuat teguran tentang isu keselamatan.

“Staf tren tak tegur pula? Hari tu buat macam ni dah kena marah.

aleeya2

Keadaan dalam gerabak Sleeper Train yang dinaiki Aleeya.

“Bahaya dik. Jangan lama-lama. Pintu tu berat. Kalau tertutup, tolak awak sekali.

“Hati-hati ya, jangan jatuh tau,” tulis beberapa netizen di aplikasi TikTok.

Dia yang senang disapa Aleeya berkata rakaman itu dibuat selepas empat penumpang membuka pintu gerabak berkenaan.

Berbaloi daripada segi harga, sangatlah affordable… tapi sebenarnya terpulang juga pada individu.

ALEEYA FARHANIS

“Sebenarnya ada orang lain yang lalu koc kita masa tu, kemudian dia pergi paling belakang untuk buka pintu tren tu. Saya pun ambil peluang juga untuk ambil video kat pintu tren walaupun kita tahu bahaya.

“Saya kat pintu tu sekejap je, sebab saya pun terikut dengan empat penumpang yang buka pintu tu. Saya nampak dia ambil gambar dan buat video jadi saya pun minta dia untuk buat satu video kat pintu tu.

“Selepas saya ambil video, empat penumpang tu duduk kat pintu sambil hulurkan kaki mereka ke bawah. Saya dah dapat video kemudian balik ke katil saya, tak lama lepas tu ada dua orang staf tren datang marah dan tutup pintu,” imbasnya.

Mengakui sedar akan risiko perbuatan itu, Aleeya bagaimanapun menganggap peluang singkat itu sebagai satu pengalaman berharga sekali seumur hidup buatnya yang baru pertama kali menaiki Sleeper Train.

“Sejujurnya feel ala-ala dalam filem kan, Dapat tengok nature lebih jelas, rasa angin pagi yang kuat. Tapi pada masa yang sama takut dengan keselamatan sendiri. Tapi ye lah, sekali seumur hidup, why not.

“Saya dah pergi seluruh negeri di Malaysia, macam-macam aktiviti saya dah buat kecuali naik Sleeper Train. Saya tak pernah tahu pasal Sleeper Train sehinggalah ia viral dan jadi trend.

“Saya tertarik sebab saya belum pernah ada pengalaman tidur di atas tren sambil dapat healing dengan menikmati pemandangan yang indah. Apabila dekatkan diri dengan nature tu rasa seronok sangat dan tenang je,” ujar gadis dari Selayang, Selangor itu.

aleeya3

Aleeya berkata dia dapat melihat alam dengan lebih dekat sewaktu perjalanan menaiki Sleeper Train.

Aleeya yang menaiki Sleeper Train bersama keluarganya mengakui seronok dapat mendekati alam dengan cara berbeza, namun mendedahkan tidak mahu lagi mengulangi aktiviti sama pada masa akan datang.

“Berbaloi daripada segi harga, sangatlah affordable. Tapi terpulang juga pada individu sebenarnya. Ada yang suka ketenangan, ada juga yang cuma nak rasa-rasa… sentiasa nak explore benda baru.

“Pesanan pada netizen yang nak cuba, saya sarankan bawa powerbank sebab dalam tren tu tak ada plug untuk kita charge phone. Kemudian download movie banyak-banyak sebab sepanjang perjalanan tiada network atau Wi-Fi.

“Sleeper Train adalah pengalaman baharu tapi cukup untuk sekali,” ujarnya.

Sumber; Tiktok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*