[VIDEO] Wanita cantik reda hadapi mus!bah banjir, tak putus-putus sangka baik dengan Allah – “Sedih boleh, tapi jangan lebih-lebih”

“KITA kena bersangka baik dengan Allah.”

Demikian kata seorang wanita sambil membuat rakaman video ketika mengharungi banjir paras leher di hadapan rumahnya.

Dikenali sebagai Mujahidah Adawiyah, wanita yang menetap di Mueang Yala, selatan Thailand itu berkata dia menerima ujian tersebut dengan hati terbuka.

Paras air banjir di dalam rumahnya lebih cetek berbanding kawasan luar rumah.

Paras air banjir di dalam rumahnya lebih cetek berbanding kawasan luar rumah.

“Siapa yang kena banjir macam saya, terima dan reda. Sedih boleh tapi jangan lebih-lebih. Saya pun sedih juga, tengok barang dalam rumah.

“Peti ais kita beli mahal-mahal tunggang langgang, sekelip mata punah… motor lagi. Sedih juga tapi kita jangan lebih-lebih. Ingat setiap ujian ada kebaikan di sebaliknya.

“Tuhan bagi musibah kat kita, Tuhan uji kita sebab dia sayang kita. Kita kena sangka baik dengan Allah, semoga kawan-kawan yang tempuh banjir macam saya, harap bersabar. Sedih boleh tapi jangan lebih-lebih,” ujarnya.

Siapa kena banjir macam saya, terima dan reda… Sedih boleh tapi jangan lebih-lebih.

MUJAHIDAH ADAWIYAH

Wanita yang fasih berbahasa Melayu itu turut menunjukkan keadaan sekitar kawasan rumahnya yang dibanjiri air bah berwarna coklat.

“Siapa nak mencuri kat rumah saya hati-hati, ada kamera litar tertutup (CCTV). Tapi tak ada (pencuri) setakat ni,” ujarnya lagi dalam nada berseloroh.

Menerusi video berasingan, wanita itu turut membuat tour di dalam rumahnya yang memaparkan air banjir hampir mencecah tilam di atas sebuah katil.

Di bahagian dapur, peralatan elektrik seperti peti sejuk dan mesin basuh turut basah ditenggelami banjir.

“Sikit lagi nak sampai dekat katil. Insya-Allah tiada apa-apa. Tak sanggup lagi menghadap benda sama, setiap tahun banjir, habis punah barang. Sekarang macam ni la keadaan dalam rumah.

“Tapi syukur Alhamdulillah ujian Tuhan. Tak teruk macam orang. Orang lain teruk lagi. Di bahagian dapur, kita biar peti ais, sebab berat nak angkat. Air di belakang tu banyak sangat, air sangat kuat. MasyaAllah, kita kena reda,” ujarnya lagi.

Video yang dikongsi wanita itu raih empat juta tontonan.

Video yang dikongsi wanita itu raih empat juta tontonan.

Video di TikTok wanita itu menerima 4 juta tontonan sejak dikongsi pada Khamis dan turut dihujani komen netizen dari Malaysia.

VIDEO;

@mujahidah_adawiyaa2016

#banjir #fypシ゚viral

♬ เสียงต้นฉบับ – WANNASHOP_5 – WANNASHOP_5

Malah, ada yang turut hairan melihat wanita yang tenang meskipun banjir di kawasannya agak tervk.

“Banjir ke tidak ni? Kenapa dia santai-santai je ni?

“Kak, dalam air tu, tak takut ke sampai paras leher?

“Dalam banjir pun lawa. Terbaik kak. Take care ya, hati-hati main air banjir,” tulis netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*