Pengantin mervngut gambar kahwin bvruk, viral di TikTok… Jurugambar buka cerita, tunjuk ‘folder’ ratusan foto cantik

JIKA ditelusuri, sejak kebelakangan ini banyak perkongsian oleh pasangan pengantin bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap perkhidmatan yang ditempah untuk majlis perkahwinan.

Antaranya kisah ditipu pihak katering, jurugambar, pelukis inai, jurusolek, perancang perkahwinan dan sebagainya.

Tambahan pula ketika ini sedang ‘hangat’ trend di TikTok di mana pengantin meluahkan rasa terkilan mengenai ‘kecacatan’ yang berlaku disebabkan kesilapan pihak lain, sekali gus ia mengundang rasa simpati orang ramai terhadap mereka.

Namun lain pula kisah yang berlaku baru-baru ini, di mana seorang pengantin meluahkan rasa terkilan dengan jurugambar majlis perkahwinannya yang didakwa tidak memberikan hasil seperti yang diinginkan.

pic 1

‘Folder’ yang mengandungi ratusan foto sebelum suntingan dilakukan.

Menurut pengantin perempuan tersebut, kebanyakan gambar pada majlis bahagianya rosak dan ‘tidak menjadi’ kerana jurugambar berkenaan didakwa tidak profesional.

Luahannya menjadi tular di TikTok dengan rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpanya.

Bagaimanapun jurugambar yang dimaksudkan wanita itu kemudian tampil bersuara dan menceritakan kisah di pihaknya bagi membersihkan nama.

“Saya photographer yang sis viralkan, yang kata photographer kayangan tapi gambarnya s4mpah, gelap, tak jadi. Jom saya tunjukkan gambar yang sis tak tunjuk pun dalam TikTok.

“Sis tunjuk gambar yang tak jadi…. gambar yang jadi, sis tak tunjuk kenapa?” soalnya dalam video penjelasan yang dimuat naik di TikTok.

Menerusi video berkenaan, jurugambar tersebut turut menunjukkan folder yang mengandungi ratusan gambar ketika majlis pengantin tersebut dalam versi yang sudah disunting dan versi ‘tidak menjadi’.

pic 2

Jurugambar memuat naik antara gambar yang sudah disunting.

Malah tambahnya, pengantin perempuan tersebut tidak berlaku jujur apabila dilihat sengaja menyembunyikan kisah sebenar seperti sengaja mahu mencari publisiti murahan dengan memburvkkan jurugambar.

“Gambar yang diviral adalah gambar yang tidak jadi, bermakna gambar yang lighting tidak menyala, tengah setting kamera dan lain-lain.

“Duit pengantin telah dipulangkan sebanyak RM650 untuk kos editing dan kos album. Klien maki hamun, tak nak album… katanya gambar macam budak sekolah.

Aku kesian betul dekat photographer dapat klien macam ni. Dah nama pun photoshoot, mestilah kena snap banyak gambar.

NETIZEN

“Pengantin tidak jujur kenapa harga pakej boleh jadi RM1,650 dan tak jujur harga pakej asal.

“Pengantin cakap saya tutup pintu tak bagi orang masuk. Itu benar tapi hanya 15 minit untuk saya fokus kepada pengantin tanpa ada gangguan orang lain,” jelasnya lagi dalam ruangan kapsyen.

Video penjelasan jurugambar berkenaan turut tular di platform media sosial lain, yang menyaksikan warga maya mengecam pengantin berkenaan kerana ‘kantoi’ tidak berlaku jujur.

Video viral seorang pengantin perempuan mendakwa foto perkahwinannya bvruk kerana jurugambar tidak profesional.

komen pic

Netizen mengec4m pasangan pengantin di ruangan komen.

Niat Nak Viralkan Photographer Sebab Gambar Kahwin Tak Jadi, Pasangan Pengantin Ini Tervk Dikec4m – “Jenis Menggelupur…”

“Lepas ni photographer kena pilih job elak client bermasalah. Silap hari bulan dia viralkan kita.

“Aku kesian betul dekat photographer dapat klien macam ni. Dah nama pun photoshoot, mestilah kena snap banyak gambar, choose the best, then post editing. Bukan kau nak post semua gambar tu kat socmed.

“Dah la photographer refund balik dekat terpaling pengantin, gigih juga nak viral. Ambil kau, keluar keb*dohan sendiri,” demikian antara komen netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*