[VIDEO] “Ni Baby Punya Ke Baba Punya?”

 

Semalam, pelakon jelita, Amelia Christie yang juga merupakan kekasih kepada aktor, Sharnaaz Ahmad telah mencuri perhatian warganet apabila memuat naik video bersama Jebat Jayden.

Menerusi hantaran di TikTok, Amelia memuat naik video kompilasi bersama Jebat termasuklah ketika mereka sedang bercuti di Jepun pada tahun lalu.

Sangat akrab

Daripada video tersebut, dapat dilihat hubungan pelakon 24 tahun itu dengan Jebat sangat akrab, malah Jebat juga kelihatan manja dan selesa ketika bersama Amelia.

‘Muka sama’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen gemar serta terhibur melihat keakraban mereka berdua, malah ada yang mengatakan bahawa muka Jebat dan Amelia sama seperti kakak dan adik.

Bukan itu sahaja, ada juga yang berseloroh mengatakan bahawa Amelia kekasih hati Jebat ataupun Sharnaaz.

VIDEO:

@amelialim__

Love bug 🧸💞

♬ original sound – jww 🎮 – jww 🎮

Sumber: TikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Oh bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*