Aliff Syukri Rakam Lagu Raya… Ibu Minta Jangan Ajak Orang Buat Fitn4h, Isteri Pula Risau Pendengar Kemurvngan

PERKONGSIAN isteri Datuk Seri Aliff Syukri yang memperlihatkan usahawan kontroversi itu sedang berada dalam studio merakamkan lagu baharu sempena Aidilfitri tidak lama lagi mengundang perhatian ramai.

Datin Seri Nur Shahida, 39, bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi lagu baharu Aliff kepada pengikutnya kerana bimbang tentang penerimaan pendengar.

Aliff lagi sekali bakal keluarkan lagu raya baharu.

Kata Shahida, dia bimbang pendengar akan mengalami kemurungan jika mendengar lagu tersebut.

aliff 11

Reaksi isteri dan ibu Aliff berkenaan lagu terbaharunya.

“Dah sedia ke korang nak dengar lagu raya artis nombor satu dari belakang ini?

“Maaflah ya tak boleh dengar audio betul takut korang anxiety dan kemurungan,” katanya.

Shahida berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Isnin.

Menerusi perkongsian tersebut, Aliff dilihat sedang sakan menyanyi di dalam sebuah studio rakaman.

Sementara itu, ibu Aliff iaitu Bonda Rozita pula berharap anaknya tidak melancarkan lagu baharu seperti mana tahun-tahun sebelumnya.

Menurut Rozita, sakit pinggang yang dialami usahawan berkenaan masih belum sembuh sepenuhnya selain perbuatannya mengajak orang ramai melakukan d0sa.

“Janganlah. Sakit pinggang itu tak sembuhlah. kec4man bab video klip jaga.

“Nanti kita berd0sa ajak orang berfitnah, bertabahlah.

alif2 - 1

Muzik video lagu raya Aliff pada tahun lalu menjadi bualan ramai.

“Kri (Aliff) jangan macam-macam hal. Umur masuk 40 dah,” luahnya.

VIDEO;

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui agak seram dengan lagu baharu yang bakal dihasilkan itu.

Namun ada juga yang menyokong asalkan ia tidak mengenakan pakaian mahupun perbuatan yang tidak senonoh.

“Datin penyokong nombor satu. Kami okay saja janji jangan pakaian dan perbuatan tak senonoh melanggar agama.

“Baru tengok ini pun dah seram Datin. Tapi kami harap lagu raya kali ini pun seronok,” antara komen netizen.

Sumber: Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*