Suami Mizz Nina Sel4r Tindakan Noh Salleh Dedah Identiti Musa & Ibu Kandung – “Itu Bukan Nama Sebenar Dia”

 

Suami kepada aktivis kemanusian, Mizz Nina iaitu Essam Muhammad menafikan nama sebenar anak angkatnya yang pernah didedahkan penyanyi Noh Salleh sebelum ini.

Essam menegaskan nama sebenar Musa bukanlah Musa Mohammad Noh Bin Abdullah.

Musa bukan nama sebenar?

Itu bukan nama sebenar Musa. Saya di sini ingin menegaskan bahawa nama penuh Musa yang kononnya disebut di internet tempoh hari adalah tidak benar.

Dia (Noh Salleh) telah memberikan informasi yang salah kepada semua.

Namun begitu, saya enggan mendedahkan nama penuh sebenar Musa kerana ingin melindungi identiti dan maklumat peribadinya kepada umum.

Essan berkata demikian sejurus usai prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pada Isnin.

Essam hadir sebagai wakil kepada isterinya bersama dua orang pegawai yang dilantik Mizz Nina.

Dalam masa sama, Essam yang juga penyanyi rap asal Amerika Syarikat menegaskan isterinya mempunyai dokumen hak penjagaan yang sah dan tidak mahu Musa menjadi m4ngsa dalam polemik yang berlaku.

Isteri saya mempunyai dokumen yang sah untuk menjaga Musa. Saya di sini mewakili isteri saya iaitu Mizz Nina ingin menegaskan bahawa tiada seorang anak pun yang patut diambil daripada penjaga tanpa keizinan daripada ibu bapanya.

Bukan itu sahaja, pihak defendan malah mendedahkan nama sebenar ibu kandung Musa kepada umum menerusi sebuah kenyataan permohonan maaf.

Tiada ibu kandung yang mahu satu Malaysia tahu bahawa dia telah menyerahkan anaknya sendiri kepada orang lain. Perbuatannya sangat memalukan dan tidak beretika.

Melanjutkan bicara, Essam berkata dia meminta Noh untuk berhubung secara terus dengannya sekiranya mahu berbincang mengenai isu penjagaan Musa.

Kalau dia mahu berkomunikasi dengan ahli keluarga saya termasuk Nina, saya adalah mahramnya.

Jangan cari isteri saya, carilah saya. Kalau dia mahu berkomunikasi dengan saya, media sosial saya masih publik.

Sebelum ini, vokalis kumpulan Hujan itu mencuri perhatian apabila mendedahkan nama penuh anak angkatnya iaitu Mohammad Noh bin Abdullah di Instagram.

Untuk info, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Julai 2011, namun, bercerai pada Ogos 2022 dan mereka tidak dikurniakan anak. Kini, Noh dan Mizz Nina sudah mendirikan rumah tangga kali kedua dengan pasangan pilihan masing-masing.

Lihat klip di bawah:

@ohbulanofficial

Replying to @Lailaejam Nama anak Mizz Nina sebenarnya buka Musa apa yang didedahkan oleh Noh Salleh 😨😨#mizznina #ohbulan #fyp #nohsalleh #essammuhammad

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*