Marissa Tak Perlu Kahwin Lari Ke Thailand… Peguam Kata Masih Boleh Nikah T4npa W4li Bapa Dalam Negara

KONTROVERSI perkahwinan anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania dan Ahmad Aslam yang didakwa sudah bernikah di Thailand terus menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Pasangan ini dikatakan memilih bernikah di negara berkenaan kerana ia tidak mendapat restu keluarga selain difahamkan Aslam mahu menyembunyukan daripada pengetahuan jisteri pertama.

Hafidzah harap orang ramai fikir dahulu sebelum buat keputusan berkahwin di Thailand.

Mengulas mengenai isu ini, peguam syarie iaitu Hafidzah Hassan berkata pasangan berkenaan masih boleh menggunakan saluran lain termasuklah mendapatkan perintah mahkamah jika mahu bernikah di Malaysia.

hafizah

Hafidzah kongsi cara berkahwin tanpa wali di Malaysia.

Sekiranya mahkamah bersetuju dengan permohonan tersebut, wali hakim boleh menjadi saksi pernikahan berkenaan.

“Bila ayah tak mahu nikahkan mereka, pengantin perempuan boleh dapatkan wali hakim. Jadi tak perlu pergi sampai ke Siam.

“Mereka boleh sahaja nikah di Malaysia tanpa menggunakan bapa sebagai wali, cuma perlu ke mahkamah dan dapatkan wali enggan.

“Nanti mahkamah akan dapatkan wali hakim untuk nikahkan mereka,” katanya.

Menurut Hafidzah, ramai pasangan yang bernikah di Thailand menggunakan alasan tiada wali kerana mahu mempermudahkan perkahwinan itu.

Namun tindakan berpoligami dan berkahwin di luar negara tanpa kebenaran ini merupakan satu kesalahan jenayah syariah yang membolehkan pasangan itu dihukum dan didakwa.

Bila ayah tak mahu nikahkan mereka, pengantin perempuan boleh dapatkan wali hakim

HAFIDZAH HASSAN
PEGUAM

Justeru itu, mereka yang sudah bernikah di luar negara perlu segera mendaftarkan perkahwinan mereka bagi mengelakkan didenda.

“Sebenarnya orang kita menggunakan alasan wali tiada untuk berkahwin di Thailand.

“Memang ada pendapat ulama yang kata dua marhalah tak payah bawa bapa bersama tapi sekarang ini di Malaysia bapanya ada tapi mereka yang melarikan diri.

“Untuk berkahwin di luar negara mereka sepatutnya dapatkan kebenaran pejabat konsulat atau kedutaan. Kalau didapati bersalah mereka boleh didenda sekurang-kurangnya RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

1111

Gosip Marissa yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Misya dan Aslam hangat diperkatakan.

Dalam pada itu, Hafidzah berpendapat tidak wajar lelaki berkenaan dituduh menjadi punca kerana memujuk gadis itu berkahwin di Thailand.

Ini kerana Marissa sudah cukup usia iaitu melepasi 18 tahun dan dia boleh berfikir secara matang dalam membuat keputusan.

Malah, isteri pertama juga boleh membantah suami berpoligami atas beberapa sebab seperti suami tidak berkemampuan dan tidak berlaku adil.

“Anak mereka sudah 19 tahun yang mana sudah cukup umur… anak mereka mampu beri penjelasan apabila berdepan pihak berkuasa.

“Isteri pertama boleh mohon untuk bantah perkahwinan itu semasa suami failkan perkahwinan poligami di Malaysia, ketika itu isteri pertama akan dipanggil sebagai saksi.

2533690

Norman dan Abby pilih kunci mulut ketika isu anak hangat diperkatakan.

“Kalau dulu memang perlukan kebenaran isteri sekarang tidak,” jelasnya.

Sejak Rabu, anak Norman dan Abby iaitu Marissa Dania menjadi bualan ramai apabila didakwa telah berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya.

Marissa dikhabarkan telah bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.

Menurut sumber, Aslam, 25, dan Marissa melangsungkan pernikahan ketika isteri pertamanya iaitu Misya Mazlan berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*