Respon Isteri Pertama Aslam Bila Tahu Dim4dukan Ketika Buat Umrah

Kecoh di media sosial semalam, anak kepada selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania didakwa sudah nikah dengan seorang lelaki bernama Aslam.

Pernikahan itu dikatakan berlaku pada Disember lalu di Songkhla Thailand. Lebih mengejutkan apabila Marissa dikatakan bergelar isteri kedua.

Di Instagram, kakak kepada isteri pertama Aslam meluahkan rasa sedih dengan apa yang terjadi kepada adiknya, Umisya.

Difahamkan, Umisya dapat tahu telah dimadukan ketika menunaikan umrah di Tanah Suci. Kata kakaknya, riak muka Umisya tenang jer dan tak ada setitis pun air mata yang jatuh.

Kata kakak lagi, Umisya tak meluahkan kepada keluarga mengenai insiden itu tetapi dia dilihat ‘repost’ video menggambarkan perasaan hancur hatinya apabila dikhianati suami.

Sebagai kakak, dia turut bersedih melihat keadaan adik yang hilang kata-kata dan kepercayaan kepada orang sekeliling.

Dia memohon orang ramai dapat memberi kata-kata semangat buat adiknya semoga dapat bangkit semula.

Kredit: Instagram Nadiahbtmazlan | Sella Mazlan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://ohmedia.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*