Terp4ksa Dimasukkan Hospital, Tom Dijangka Bers4lin Lebih Awal

PENYANYI Tom terpaksa dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada petang Khamis selepas kandungannya mengalami pelbagai komplikasi.

Susulan itu kata Tom atau Raja Farah Afzan Raja Ikram, 37, dia dijangka bersalin lebih awal iaitu pada Jumaat bagi mengelakkan sebarang masalah.

“Saya banyak kompilkasi itu yang masuk hospital lebih awal, sepatutnya 24 Februari saya dijangka bersalin.

Tom kongsi keadaan dirinya kini sudah dimasukkan ke hospital.

“Gula dalam darah saya tinggi, berat badan pula kurang… Baby pula agak besar jadi doktor sarankan untuk pembedahan.

“Tapi selepas dibincang masih boleh bersalin secara normal tapi tengok esok macam mana,” katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Dalam pada itu, Tom memberitahu suaminya, Fuad Rahman sedih apabila impian mahu melihatnya bersalin di hospital swasta tidak kesampaian.

Kata Tom, doktor yang merawatnya sebelum ini turut menasihatkan dia melahirkan anak di hospital kerajaan disebabkan komplikasi dihadapi.

“Doktor yang rawat saya pun sarankan saya bersalin di hospital kerajaan kerana bimbang dengan keadaan saya tapi saya tak kisah sebab dapat jimat duit.

“Cuma kesian dekat Fuad dia nak saya bersalin tempat selesa sikit tapi dekat kerajaan pun okay saya dah biasa,” ujarnya.

Banyak betul komplikasi kali ini sejak awal mengandung
TOM
PENYANYI

Menurut Tom, komplikasi dihidapi mungkin disebabkan faktor usianya yang sudah meningkat.

Sebelum ini, Tom di Instastory memaklumkan dirinya mempunyai pelbagai komplikasi sejak awal kehamilan.

“Banyak betul komplikasi kali ini. Sejak awal mengandung, check up ada saja masalah.

“Semoga anakku Anggun akan dilahirkan dengan baik dan sempurna esok,” ujarnya.

Tom dan Fuad teruja menanti kelahiran anak mereka.

Untuk rekod, Tom mendirikan rumah tangga dengan Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 45, pada 23 Februari 2023 di Batam, Indonesia.

Sebelum ini Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan tersebut dia mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki.

Manakala Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*