Isteri Shuib kena kec4m dalam video live, anak tiri tampil ‘back up’ Watie Hanifiah – “Saya ini b4ran tau”

ISTERI kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah sering menjadi sasaran netizen yang sentiasa kurang senang melihat kebahagian dia bersama anak-anak tirinya.

Bukan sahaja dalam ruangan komen di sosial media, malah ada berani menyerang Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, ketika mengadakan sesi live di platform berkenaan.

Tampil mempertahankan ibu tirinya, anak kedua Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra, 10, meminta netizen yang memberi kec4man agar tidak masuk ke dalam sesi siaran langsung Watie di TikTok.

Ada dalam kalangan netizen yang kurang senang melihat kebahagiaan Watie dan Shuib.

“Jaga mulut, jangan buat semak. Keluar semua!

“Saya ini baran tau. Mummy (Watie) tak buat apa-apa,” tegas Talita.

Dia memberi komen spontan tersebut ketika bersama Watie dalam satu sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

Ketika sesi berkenaan, Watie sekali lagi berkongsi detik pertemuaan dia dengan Shuib sebelum mereka mendirikan rumah tangga pada 23 Jun tahun lalu.

Bagaimanapun ada pula segelintir yang men!nggalkan komen-komen tidak baik terhadap Watie sehingga menyebabkan Talita sendiri merasa kurang senang dengan kec4man tersebut.

Tidak sedikit pun melenting, Watie malah terhibur dengan reaksi spontan yang diberikan oleh Talita ketika itu.

Watie bersama Shuib dan anak-anaknya.

“Saya ada back up,” ujarnya ringkas.

Talita merupakan anak hasil perkahwinan Shuib dengan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin yang men!nggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan c0v1d19.

Selain Talita, Shuib juga mempunyai tiga orang cahaya mata lain iitu Uwais Alqarni, 12, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*