Tom dan Fuad Rahman Sambut Cahaya Mata Perempuan Pertama. – ‘Welcome To The World, Anggun’

Penyanyi Tom selamat melahirkan cahaya mata keempat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada pagi, Ahad.

Tom selamat lahir bayi keempat

Berita gembira itu dikongsikan oleh isteri kepada Fuad iaitu Tom di IG Story miliknya. Dalam hantaran tersebut, Tom atau Raja Farah Afzan Raja Ikram, 38, berkata, dia terpaksa melahirkan secara pembedahan kerana berdepan dengan beberapa komplikasi.

Alhamdulillah, baby caesar, pertama kali kena caesar sebab banyak komplikasi. Apapun Alhamdulillah, welcome to the world baby, love Anggun

Pasangan penyanyi itu meluahkan rasa syukur dan gembira atas kehadiran insan baharu yang bakal menambahkan seri lagi dalam hidup mereka.

VIDEO:

 

Terdahulu, Tom akui lebih selesa untuk melahirkan cahaya mata keempatnya itu di hospital kerajaan berbanding swasta selain kos rawatan jauh lebih murah.

Untuk info, Tom selamat bergelar isteri kepada Fuad pada 26 Februari 2023 di Batam, Indonesia. Pasangan itu kemudian berkongsi berita gembira apabila mengumumkan Tom hamil anak pertama mereka pada Jun 2023.

Imbas kembali, Tom pernah berkahwin sebanyak dua kali dan dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu. Sementara itu, Fuad juga pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.

Sumber: Tom

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Oh Bulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*