[VIDEO] Pengantin lelaki ‘Melarikan Diri’, terpaksa bersanding seorang diri gara-gara suami terlalu pemalu

SEORANG pengantin perempuan dari Indonesia terpaksa bersanding seorang diri di atas pelamin, gara-gara suaminya dikatakan sangat pemalu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik akaun koko_dm38 di TikTok, kelihatan pengantin wanita yang dikenali sebagai Yeyen, duduk seorang diri di atas pelamin sambil ditemani dua orang kanak-kanak kecil.

Difahamkan, pengantin lelaki yang bernama Rahim, ‘melarikan diri’ sehingga membuatkan keluarga pihak perempuan membuat laporan polis.

Bagaimanapun Rahim rupanya pulang ke rumahnya selepas selesai akad nikah.

Menurut lelaki itu, dia terlalu pemalu dan tidak suka berada di tempat yang penuh dengan orang.

Salah faham berkenaan akhirnya selesai selepas kedua-dua keluarga berdamai di balai polis.

VIDEO

@koko_dm38

Sabar nou, blm di sni dpe akhir, ada masa depan yg bahagia b tunggu pati yeyen,🖤🖤dpe sakit dpa rasa smpe sni🥹🥹anggap ini pelajaran yg paling berharga, jgn pata smengat, ada kel. Yg b dukung🫶🏻🫰🏻pengantin dia tinggal suami 🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️yg sabar nou aa🫰🏻#fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚viral

♬ suara asli – 𝙆 𝙊 𝙆 𝙊 – 𝙆 𝙊 𝙆 𝙊

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*