Ustazah Asma’ Harun dakwa filem La Luna perlekeh agama, rendahkan agamawan

Pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma’ Harun menyatakan dia kesal dengan penerbitan filem La Luna yang kini sedang ditayangan di platform dalam talian Netflix.

Ustazah Asma’ Harun tegur filem La Luna

Ustazah Asma’ Harun dalam kenyataannya menerusi hantaran Facebook berkata, filem La Luna secara jelas mempunyai unsur memperlekeh (hina) syariat Islam, termasuk merendahkan agamawan dan boleh mencetuskan persepsi buruk terhadap agama.

Dakwanya, filem tersebut  juga mengetengahkan babak separah lucah (softporn) yang banyak dan tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada khalayak umum.

“Filem ini diterbitkan oleh beberapa syarikat produksi filem dan secara jelas mendapat sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysian (FINAS) dan Kementerian Komunikasi dan Digital untuk ditayangkan.
“Ia mengisahkan watak seorang Melayu Islam (Hani Abdullah) yang membuka kedai pakaian dalam wanita di sebuah kampung.
“Selain itu, turut diketengahkan beberapa watak lain yang membawa babak berbentuk kebebasan bersuara, babak separa lucah yang banyak, ada dialog-dialog yang mempunyai unsur menghina syariat Islam, merendahkan agamawan serta memberi persepsi buruk terhadap agama Islam,”tulisnya.

Akui bukan orang filem , tapi karya ada unsur hina Islam

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ mengaku dia bukanlah orang berpengalaman dalam bidang perfileman untuk menilai kualiti sesebuah filem, namun dia yakin karya terbaik pasti akan berjaya menyampaikan maksud dalam dua pendekatan, iaitu teks dan subteks.

Teks yang membolehkan penonton lihat dan faham secara terus, manakala subteks pula dilihat dan dapat dirasai oleh mata hati serta perlu dikaji secara teliti berdasarkan ilmu, pengetahuan, termasuk cara pemikiran seseorang.

“Buat semua penggiat seni tanah air, sama ada pengarah, penerbit, penulis skrip, pelakon dan lain-lain bebaslah berkarya dengan menjunjung tinggi nilai Islam dan kesopanan budaya tempatan.
“Jangan sampai agama sendiri diperlekehkan. Jika benar ada seni yang ingin disampaikan, pastikan ia digambarkan dalam bentuk yang positif dan penuh adab.
“Bukannya menzahirkan sisi yang boleh mengundang prasangka buruk dan fahaman yang mengelirukan,”ujar beliau.

Antara perkara yang disentuh Asma’ mengenai filem tersebut ialah watak Tok Hassan yang digambarkan berperwatakan alim namun memiliki sikap bertentangan.

Selain itu, watak Hani yang membuka kedai pakaian dalam wanita di sebuah kampung dilihat kurang sesuai dengan adab budaya orang Melayu.

Ustazah Asma’ Harun menitipkan nasihat dan berpendapat bahawa semua penggiat seni tanah air termasuk pihak berwajib perlu memainkan peranan dengan meneliti sensitiviti sesuatu karya sebelum dibenarkan untuk tayangan umum.

“Jika benar ada ‘seni’ yang ingin disampaikan, pastikan ia digambarkan dalam bentuk yang positif dan penuh adab, bukannya menzahirkan sisi yang boleh mengundang prasangka buruk dan fahaman yang menggelirukan.
“Dalam isu ini, peranan FINAS dan JAKIM wajib diperkukuhkan dalam memastikan penghasilan filem atau drama mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
“Begitu juga dengan bahagian penapisan filem dan drama, haruslah diperluskan ke filem yang dimuat naik ke penstriman video dalam talian,”katanya lagi.

Sementara itu, pengarah filem La Luna, M Raihan Halim menafikan dakwaan penulis skrip bahawa karya tersebut mempunyai eleman penghinaan ke atas agama Islam dan pemikiran liberal.

Jelasnya, filem komedi Singapura – Malaysia itu adalah bagi membincangkan isu penunggang agama secara kritis di layar.

Katanya lagi, La Luna pernah ditayangkan di beberapa negara seperti Jepun, Belanda, Singapura, dan Indonesia namun tidak pernah mendapat maklum balas negatif berhubung jalan cerita filem berkenaan.

Sekadar info, Filem La Luna  dibintangi barisan pelakon hebat seperti Shaheizy Sam, Sharifah Amani, Wan Hanafi Su, Hisyam Hamid, Nadiya Nisaa, Nam Ron dan ramai lagi. Filem itu kini berada di carta 10 filem paling ditonton di platform Netflix.

Sumber: FB Ustazah Asma’ Harun

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : OMM

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*