[VIDEO] Netizen Puji Azhar Sulaiman Berlakon Jadi Pen4gih Dad*h – ‘Nampak Real Mat, Gi4n Habis Ni’

Baru-baru ini tular satu video di media sosial memaparkan sedutan pelakon, Azhar Sulaiman ketika melakukan penggambaran untuk sebuah drama TV3 Malaysia berjudul Hawt Fellas.

Memang nampak real!

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan Azhar Sulaiman yang memegang watak seorang penagih dadah yang dikenali sebagai Nasir. Azhar yang memakai baju tshirt berwarna biru dan berseluar jeans dilihat benar-benar menjiwai watak selain mimik mukanya juga memainkan peranan sebagai penagih.

Lakonan mantap daripada pelakon lagenda itu menerima pujian warganet. Mereka menyifatkan Azhar seorang pelakon yang sangat berbakat dan versatil.

Dalam pada itu, mereka juga akui sukar untuk menemui pelakon baharu yang memiliki bakat sama seperti barisan pelakon-pelakon lama.

Dia ni memang legend. Dari muda-muda dulu, dia research dulu watak.

Dia dah study. Homework yang penting. Yang tu beza dengan pelakon sekarang harap pakej comel je.

Pelakon terbaik kot. Sekarang ni dah tak ada ramai pelakon yang boleh berlakon dan menjiwai. Orang-orang lama power.

Nampak real lakonan dia.

Dia punya mata melilau sambil tenyeh hidung tu yang nampak real.

Jadi mat, gian habis ni.

Sekadar info, Hawt Fellas drama bersiri 13 episod ini ditayangkan di slot Lestary TV3 sejak 4 Januari lalu, setiap Khamis hingga Sabtu jam 9 malam.

Video

Sumber: Aplikasi X

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Oh Bulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*