Dapat 3 Tawaran, Dr Sheikh Muszaphar Dilema Nak Pilih Sekolah Terbaik Untuk Anak

Siapa tak kenal dengan angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang banyak berkongsi ilmu dengan para pengikut media sosialnya.

Dr Sheikh Muszaphar dan isterinya, Dr Halina Yunos juga tidak lokek berkongsi perkembangan anak-anak yang kian membesar.

Terbaru, anak sulung mereka Sophea Isabella yang berumur 13 tahun menerima tiga tawaran melanjutkan pelajaran di sekolah menengah.

Anak Dr Sheikh Muszaphar dapat 3 tawaran

Tiga tawaran tersebut adalah Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Kolej Yayasan Saad (KYS) dan Kolej Genius Permata Pintar.

Difahamkan, ketiga-tiga sekolah berasrama penuh ini semuanya mempunyai reputasi akademik yang baik. Patutlah Dr Sheikh Muszaphar sampai dilema nak membuat pilihan!

Kongsi angkawasan ini lagi, beliau menitiskan air mata kerana menjadi saksi kesungguhan Bella dalam menuntut ilmu.

Bella juga menangis teresak-esak dan membuat sujud syukur mendapat berita baik ditawarkan ke sekolah idaman.

Iyalah, sebagai seorang bapa beliau mestilah berasa bangga dan mengharapkan yang terbaik kan? Tahniah buat Bella.

Kredit: Instagram Dr Sheikh Muszaphar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Oh Media

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*