Rupanya bukan Mawar Rashid kahwin jejaka Brunei, tapi ibu yang dapat suami baharu

GOSIP mendakwa Mawar Rashid sudah mendirikan rumah tangga dengan jejaka Brunei akhirnya terjawab apabila pelakon ini mendedahkan ibunya yang berkahwin dengan lelaki dari negara berkenaan.

Berkongsi berita gembira itu, Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 30, berkata ibunya iaitu Marinee Abdullah sudah selamat bernikah dengan sahabat lama di Brunei.

Teruja menerima kehadiran bapa tiri, Mawar berkata dia tidak menyangka akhirnya dapat merasai kehadiran seorang bapa selepas ayah kandungnya meninggal dunia semasa dirinya masih kecil.

Mawar kini mempunyai seorang bapa tiri.

“Mawar tak pernah sangka yang Mawar akan merasa kehadiran seorang ayah.

“Siapa sangka dari kenalan lama di Brunei bertemu jodoh hanya dari satu mesej ‘lama tak jumpa’ dari posting Putera Mateen kahwin dan babah dalam video oru.

“Sukar untuk terima yang mummy akan tinggal di Brunei tapi dia layak dapat kehidupan yang bahagia sepanjang hayatnya, katanya.

Perkara tersebut dikongsi Mawar di Instagram miliknya pada malam Rabu.

@ohmedia

Kalau betul, Alhamdullilah buat Mawar 😍 #mawarrashid #sembangentertainment #ns

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Dalam pada itu, Mawar sempat menitipkan pesanan ringkas terhadap keluarga baharunya di Brunei.

“Kepada keluarga baru saya di Brunei, selamat datang ke keluarga kami. Sayang kamu semua,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah pada Mawar dan keluarganya.

“Mawar buat suspen, Ingatkan Mawar yang kahwin. Apapun tahniah ya.

Mawar bersama keluarganya meraikan majlis pernikahan ibunya.

“Alhamdulillah gembira untuk Mummy dan Mawar sekeluarga.

“Dah agak mak Mawar yang kahwin, semoga kekal hingga ke Jannah,” tulis netizen.

Pada Sabtu lalu, Mawar memilih mengunci mulut susulan timbul spekulasi mengatakan dia sudah menamatkan zaman janda dengan jejaka pilihannya.

Mawar sebaliknya memberitahu dia bakal berkongsi sebarang berita gembira sekiranya sudah bersedia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*