Kerap terkena j4ngkitan mata akibat pakai kanta lekap, Amira Othman pilih buat lasik

JANGKITAN mata berulang membuatkan penyanyi Amira Othman mengambil keputusan menjalani pembedahan lasik pada Selasa.

Amira atau Nadia Amira Othman, 31, berkata, jangkitan pada matanya berpunca daripada penggunaan kanta lekap terlalu kerap.

Selain itu, solekan tebal pada mata juga sering menyebabkan matanya menjadi merah dan sakit.

Amira berkongsi matanya mengalami jangkitan akibat penggunaan kanta lekap dan solekan tebal.

“Saya buat keputusan buat pembedahan lasik sebab saya tak mahu lagi mengalami jangkitan pada mata.

“Setiap kali pakai kanta lekap, mata saya akan jadi merah dan sakit.

“Mata saya juga jadi sensitif sebab terdedah kepada bahan kimia yang ada pada produk solekan,” katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Amira memberitahu keadaannya semakin baik selepas pembedahan namun masih perlu lebih peka tentang penjagaan kesihatan mata.

“Keadaan saya sekarang lebih baik dan penglihatan saya juga semakin jelas tapi doktor nasihat jangan terdedah kepada cahaya dan asap,” ujarnya.

Amira bersyukur dengan keadaan penglihatannya kini.

Jelas Amira, dia bersyukur dengan keputusannya kerana tidak perlu lagi bergantung kepada kanta lekap atau cermin mata.

“Pada usia 31 tahun, akhirnya saya tidak lagi perlu memakai cermin mata.

“Walaupun sudah menjalani prosedur lasik, saya tidak mahu nikmat ini disia-siakan, jadi saya akan lebih berhati-hati selepas ini,” jelasnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*