“Bukan anak awak sahaja pandai” – Kongsi video Rayyan baca al-Quran ditvduh riy4k, Rita Rudaini minta netizen bersihkan hati hitam

TINDAKAN pelakon Rita Rudaini berkongsi video anak lelakinya iaitu Airit Rayyan mampu menghafaz al-Quran menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ramai berasa kagum dengan kebolehan dimilikinya dan menjadikan video dikongsi Rita sebagai inspirasi dalam mendidik anak-anak mereka mencintai al-Quran.

Bagaimanapun ada pula individu melihat perkongsian pelakon itu sebagai riyak apatah lagi ketika ini bulan Ramadan.

“Tak perlulah nak tayang anak pandai macam-macam. Anak orang lain pandai juga, boleh baca al-Quran… Bukan anak awak sahaja yang pandai.

Rita menyelar komen netizen yang disifatkan berfikiran negatif.

“Bersihkan hati daripada berbangga-bangga di bulan Ramadan ini,” tulis netizen.

Tidak berdiam diri, Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 48, meminta individu berkenaan membersihkan hati kerana suka memandang sesuatu perkara daripada sudut negatif.

“Kau itu yang kena bersihkan hati hitam tu. Kau tengok semua orang dari sudut negatif, hati busuk kau.

“Cuci hati kau dulu sebelum kau nak suruh orang cuci hati,” katanya.

Rita berkongsi perkara itu sebagai membalas komen ditulis individu berkenaan menerusi Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Rita memuat naik video memaparkan anak sulungnya sedang mengalunkan bacaan al-Quran di Masjidil Haram, Makkah.

Kata Rita, kelebihan dimiliki Rayyan adalah hadiah paling bermakna kerana mencintai al-Quran.

“Masa ini umur Ryan 10 tahun dalam Masjidil Haram. Uncle Rizal rekod masa ini.

Rita merupakan ibu tunggal yang membesarkan dua cahaya mata.

“Saya mommy tengok. Inilah hadiah yang Allah nak beri pada mommy.

“Anak-anak yang terang hatinya mencintai al-Quran dan lembut hati,” kongsinya.

Untuk rekod, Rita mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Aidil Zafuan pada 2008 namun perkahwinan itu berakhir dengan penceraian pada 2013.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*