“Kejadian Itu Bukan Perkara Yang Seronok,” – Zul Ariffin Doa Yang Terbaik Buat Ruhainies, Enggan Buang Pahala Puasa

Pelakon Zul Ariffin lebih selesa tidak mencampuri urusan peribadi rakan seperjuangan, Ruhainies yang berdepan kontroversi dengan penyanyi, Aliff Aziz.

Menurut Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, sebagai orang luar, dia bukanlah orang yang tepat untuk memberikan pandangan berhubung isu ini.

“Saya tiada hubungi dia dan saya pun bukan orang yang layak untuk memberikan pendapat. Namun, kita anggap perkara ini sebagai satu ujian dan musibah.

“Saya yakin perkara ini mempunyai hikmah di sebaliknya,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Astro pada Rabu.

Katanya lagi, dia juga tidak mahu bercakap mengenai perkara yang melalaikan dan mahu memberikan sepenuh tumpuan beribadah di bulan Ramadan ini.

“Saya tak nak meletakkan diri saya sebagai golongan yang membuang pahala di bulan Ramadan ini.

“Sejak permulaan Ramadan lalu, saya nampak ramai yang membuang-buang pahala. Saya tak nak sertai kumpulan itu.

“Saya pun tak tahu hal sebenarnya dan saya hanya tahu apa yang dilaporkan daripada pihak media sahaja,” katanya lagi.

Pada masa sama, Zul juga percaya yang Ruhainies juga memerlukan ruang dan masa bagi menyelesaikan kemelut ini.

“Saya pun tiada depan muka mereka dan saya juga tidak akan bertanya atau hubungi mereka walaupun sebagai teman baik.

“Mungkin mereka perlukan ruang dan masa untuk berfikir. Kejadian itu bukan perkara yang seronok.

“Biarlah saya tidak terlibat dan lihat dari jauh. Kita doakan sahaja yang terbaik. Lagipun, ini merupakan kisah peribadi orang lain.

“Kalau hal kerja itu, mungkin kita boleh komen sebab kita tahu apa yang berlaku. Saya takut nak bercakap hal orang lain. Lebih baik saya menjaga lidah saya,” akhirinya.

Pada 8 Mac lalu, Ruhainies ditahan bersama Aliff oleh anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) atas dakwaan khalwat.

Ruhainies dan Aliff masing-masing tampil memohon maaf susulan insiden itu.

VIDEO BERKAITAN

@f8buzz

Kita doakan yang baik-baik sajalah yer, Romadhon guyssss TEMU BUAL bersama Zul Ariffin di Sidang Media & Majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2024. Zul memilih untuk tidak masuk campur mengenai kontroversi yang terpalit rakan seindustrinya Ruhainies. Kuala Lumpur • 27 Mac 2024 #f8buzzhiburan #sembangentertaintment #kongsibersama #zulariffin #sheriff #ruhainies

♬ original sound – F8Buzz – F8Buzz

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : MH

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*