Pakai Baju Serba Putih, Ruhainies Kongsi Video Dengan Aliff Aziz Di Lapangan Terbang

Perkongsian di Instagram Story milik pelakon sensasi Ruhainies mencuri perhatian apabila dia memuat naik video pendek bersama aktor Aliff Aziz di lapangan terbang.

Berlakon di airport

Menerusi video yang dikongsikan, Ruhainies dilihat mengenakan jubah serba putih dan lengkap bertudung manakala Aliff turut mengenakan baju berona sama.

Dalam video tersebut, Aliff sedang mengetuai bacaan doa sambil Ruhainies dan beberapa individu lain sedang menadah tangan aminkan doa yang dibacakan.

Difahamkan, keberadaan Aliff dan Ruhainies di lapangan terbang bagi menjayakan tuntutan drama yang masih berbaki.

Video

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Tiktok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*