TikTok Adira Suhaimi Kena ‘Banned’

Penyanyi Adira Suhaimi memaklumkan akaun TikTok miliknya yang menggunakan nama @adira.suhaimi telah disekat atau banned.

TikTok kena banned

Sedih dengan perkara tersebut, Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi, 32, berkata akuan itu merupakan platform untuknya mencari rezeki.

Selamat tinggal. Akaun ini lah punca rezeki Ami (panggilan Adira) selama ini.

Jangan lupa follow akaun baru saya ya.

Adira berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun terbaharu miliknya iaitu @adirasuhaimi.real.

Menerusi pemerhatian, akaun yang telah disekat itu memiliki seramai 879,100 pengikut dan 13 juta tanda suka.

Dalam pada itu, rata-rata wargamaya yang singgah ruangan balas turut berasa simpati dan sepakat untuk beramai-ramai mengikuti akaun baharu penyanyi itu.

Sehingga artikel ini ditulis, akaun yang menggunakan nama @adirasuhaimi.real telah mempuyai 33,300 pengikut.

@ohbulanofficial

Replying to @A N Moga dipermudahkan Adira Suhaimi untuk mencari rezeki 🤲🏻🥺 #ohbulan #sembangentertainment #akaun #tiktok #adirasuhaimi

♬ original sound – XioMeii – HEYDAY

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Tiktok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*