Bekas Isteri Tak Hal4ng Datuk Red Jumpa Anak-Anak, Netizen Terk3jut Baru Tahu Datin Red, Adira Rupanya Nombor Dua & Tiga

Sebuah akaun TikTok yang menggunakana nama @CikHanaa dipercayai milik bekas isteri kepada Datuk Red tiba-tiba tular sehingga menyorot perhatian wargamaya.

Tak halang jumpa anak

Difahamkan pemilik akaun tersebut merupakan bekas isteri Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu sebelum dia mendirikan rumah tangga kedua dengan Datin Red.

Apa yang mencuri perhatian adalah hantaran yang dimuat naik individu tersebut apabila dia menyatakan tidak pernah menghalang bekas suami untuk berjumpa dengan anak-anak meskipun mereka sudah berpisah.

Aku tak pernah halang kau (Datuk Red) jumpa anak-anak. Anak-anak pun sekarang dah besar dan berjaya pun. Alhamdulillah.

Dalam hantaran sama, individu berkenaan turut memuat naik sekeping foto memeperlihatkan Datuk Red bersama anak-anak mereka yang sudah dewasa.

Perkara itu sekali gus mengundang rasa terkejut dalam kalangan segelintir netizen yang mana menyatakan mereka baru mengetahui bahawa Datuk Red sudah bernikah sebanyak tiga kali.

Menurut sumber, Datuk Red didakwa menceraikan isteri pertama selepas tidak lama dia mendirikan rumah tangga kedua bersama Datin Red atau nama sebenarnya Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim.

Status isteri pertama kemudian diberikan kepada Datin Red selepas Datuk Red berpisah dengan Cik Hanaa.

Datuk Red kemudian berkahwin kali ketiga dengan penyanyi Adira Suhaimi di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan Datin Red.

VIDEO

@mzshanaa

Replying to @0000_aini dia mcm ni la, orang baik, kita pun baik๐Ÿฅฐ tak gitu๐Ÿ˜Š#doaygterbaik #foryoupage

โ™ฌ Amelina_Cinta oh Cinta – ๊ง ๐‘น.๐’Œ๐’‚๐’š_๐‘ถ๐’‡๐’‡๐’Š๐’„๐’Š๐’‚๐’ ๊ง‚

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Tiktok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*