’11 Kali Jumpa Dekat Brunei Tapi Kali Ke-12 Baru Nak Selfie’ – Puteri Sarah Liyana

Pelakon Puteri Sarah Liyana mencuri tumpuan netizen susulan memuat naik foto bersama Bella Astillah di Instagram, sebentar tadi.

Kali ke-12 baru nak selfie

Lebih mencuri tumpuan, Puteri Sarah turut menulis kapsyen ’11 kali jumpa dekat Brunei tapi kali ke-12 baru nak selfie’ di postingnya itu. Berikutan daripada kapsyen tersebut, netizen mendakwa Puteri Sarah sengaja menyindir suami kepada rakan baiknya itu.

Mana taknya, Bella sebelum ini membuat pendedahan bahawa suaminya iaitu Aliff Aziz berlaku curang terhadapnya sebanyak 11 kali.

Terdahulu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berkata, dia juga mempunyai cukup bukti terhadap setiap perbuatan curang suaminya itu.

Yang orang tahu Aliff curang empat dan lima kali sahaja tapi sebenarnya dia dah curang sebanyak 11 kali. Saya ada bukti dan Aliff tahu itu.

Lebih mengejutkan, ibu kepada dua orang anak ini mendedahkan suaminya itu turut berlaku curang bersama adiknya iaitu, Eriqa Astillah.

Tambah Bella, Aliff dan Eriqa ada bertukar hantaran mesej meminta agar hubungan mereka dipermudahkan sewaktu dirinya dan Aliff mengerjakan ibadah umrah pada tahun 2022.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Instagram Puteri Sarah

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*