“Dia Selalu Baca Al-Quran Siang Dan Malam” – Warden Penj4ra K0ngsi Pengalaman Sambut Aidilfitri Bersama Mona Fendy

Seorang pegawai penjara, Norizan Hamid tampil berkongsi pengalamannya menyambut hari raya Aidilfitri bersama arwah Mona Fendy ketika berkhidmat di bilik tahanan banduan akhir di Penjara Wanita Kajang suatu ketika dahulu.

Kongsi Norizan, para banduan dan pegawai penjara menyambut aidilfitri dalam suasana ceria dan bersembang pelbagai perkara ketika waktu terluang.

Untuk menghilangkan rasa bosan arwah (Mona) akan menyanyi beberapa lagu kegemarannya selain turut membaca Al-Quran siang dan malam, suaranya memang bertaraf penghibur.

Sepanjang 30 tahun berkhidmat, pengalaman itu sukar dilupakan Norizan kerana banduan akhir perlu dilayan sebaik mungkin, berbeza dengan banduan yang lain.

Bertugas menjaga banduan akhir berbeza dengan banduan lain, banduan akhir perlu dilayan dengan sebaik mungkin. Dan paling utama lauk ayam dan ikan yang disediakan tanpa tulang untuk keselamatan.

Apa yang menyedihkan buat Norizan adalah di saat dapat berbual dengan mereka yang menunggu hukuman gantung sampai mati pada ketika itu.

Ujarnya lagi, Penjara Wanita Kajang adalah seperti universiti buat warden wanita kerana pengalaman bertugas di sana dapat melahirkan kakitangan yang berkemahiran dan mampu bertugas dengan cemerlang.

Suami yang juga kakitangan penjara serta anak menerima kenyataan apabila saya tidak dapat beraya bersama mereka.

“Pada Aidilfitri tahun inui juga saya terpaksa bertugas, perasaan sayu tetap ada. Hanya banduan sahaja menjadi rakan di pagi Syawal” kongsinya lagi. – Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*