Sherry Alhadad Meng4ku Terkes4n Tiket Penerbangan Mahal Setiap Kali Raya – ‘Saya Pernah Balik Sarawak RM2,000 Seorang’

Meskipun bergelar selebriti, pengacara dan pelakon Sherry Alhadad mengakui berasa terkesan dengan harga tiket penerbangan yang mahal setiap kali tiba musim perayaan.

Tiket mahal

Pulang ke kampung halaman di Sarawak untuk menyambut raya, Sherry berkata sedangkan dia sudah berasa terbeban, bagaimana pula dengan nasib segelintir individu yang tidak berkemampuan.

Saya masih terfikir-fikir nak balik kampung atau tidak, kampung saya di Sarawak. Tetapi bila tengok tiket macam ‘masya-Allah’ harganya. Mak saya dah hint saya suruh balik, insya-Allah akan balik.

Mak saya berada di KL, tetapi saudara mara semua masih di Sarawak, jadi kami kena balik juga ke Kuching, Sarawak setiap kali raya.

Saya selalu beli tiket dua termasuk mak saya punya, bila tengok terasa bebanan juga. Saya sendiri terasa apatah lagi mereka yang bergelar pelajar dan orang-orang yang kerja kais pagi makan pagi.

Sedangkan Sarawak itu dalam Malaysia juga. Berdoalah khabar angin yang kata mahu kurangkan tambang penerbangan dosmetik itu benar-benar berlaku.

Sherry berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tayangan Raya Astro 2024 yang diadakan di Le Meridien Hotel, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Dalam masa sama, pelakon drama Khunsa itu berkongsi pengalamannya yang pernah membeli tiket berharga RM2,000 untuk seorang bagi perjalanan dua hala.

Pengalaman saya pernah balik Kuching beraya untuk tiket seorang sahaja pergi dan balik jumlahnya RM2,000.

Tetapi saya fikir positif sahaja, kerana raya setahun sekali. Balik ke kampung juga dapat memberikan kegembiraan untuk keluarga dan saudara mara.

Sementara itu, disoal mengenai perbezaan sambutan raya di Sarawak dan semenanjung, Sherry berkata tradisi berlawan mercun antara kampung antara yang menjadi kelainan.

Insya-Allah saya akan cuti tujuh hari di kampung. Kalau di sana hari pertama sampai hari ketujuh mesti kena pakai baju kurung. Wajib pakai baju kurung.

Kalau cerita fasal perbezaan pula, orang Sarawak suka hias rumah mereka dengan lampu yang warna-warni. Jadinya malam raya akan pergi rumah ke rumah tengok rumah mana yang lampunya paling meriah.

Selain itu, setiap kampung akan berlawan dentuman meriam dan bunga api. Ketiga, sudah pasti Sarawak terkenal dengan kuih lapis, jadi setiap rumah wajib hidang kuih lapis.

@mstarmalaysia

PART – 1 Manjanya Sherry Alhadad… sampai sekarang ibu cedukkan nasi, tolong bancuh milo #mstar #sherryalhadad #sembangentertainment

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Oh Bulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*