Ikut trend ‘Alamak Raya Lagi’, TikToker Agy sent4p dikec4m terkinj4-kinj4 menari… Niat k0ngsi hubungan rapat keluarga

BARU-BARU ini tular video tarian dihasilkan pemuda bernama Agy menggunakan lagu trending berjudul Alamak Raya Lagi.

VIDEO TULAR

@agy.official

How i enjoy my raya ?? Watch till end ✨ #alamakrayalagi #KongsiBersama #raya #fyp #kongsiJer

♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam

Video tersebut mendapat jumlah tontonan hampir 20 juta dalam masa lima hari dan tular hingga ke Indonesia.

Kata Agy atau nama sebenarnya Muhammad Affizy Mohd Khairy,29, meskipun video itu menerima pujian, namun dia juga tidak terlepas dengan kecaman netizen kerana didakwa mempamerkan aksi terkinja-kinja.

“Secara jujurnya tak sangka video ini tular hingga ke Indonesia mungkin sebab lagu itu sebab tengah trend sekarang ini kan, saya fikir macam mana nak lain daripada orang lain jadi libatkan keluarga saya.

“Buat baik ke jahat ke mesti ada orang kecam tapi kali ni memang agak sensitif sebab melibatkan keluarga, nak kata melebih itu hanya kami sekeluarga saja yang terlibat dan tidak melibatkan orang luar.

“Saya sangat sentap sehingga kadang-kadang saya persoalkan apa masalah mereka?, mereka sentuh hal peribadi sampaikan rambut saya pun jadi isu dan saya anggap mereka sakit sebenarnya,” kata Agy.

VIDEO

@mstarmalaysia

Part 1 – Ikut trend ‘Alamak Raya Lagi’, TikToker Agy sentap dikecam terkinja-kinja menari… Niat kongsi hubungan rapat keluarga #sembangentertainment #mstar #agy #alamakrayalagi

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

@mstarmalaysia

Part 2 – Terkinja-kinja menari, TikToker rambut kerinting sentap kena kecam ikut trend Alamak Raya Lagi #sembangentertainment #mstar #agy #alamakrayalagi

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*