[VIDEO] Adira Salam Datuk Red Minta Berkat Sebelum Ke Umrah, Netizen Doa Tak Jadi Berpis4h – ‘Harap Jumpa Jawapan Di Makkah’

Sepotong video memperlihatkan penyanyi Adira Suhaimi bersalaman dengan suaminya, Datuk Red sebelum berangkat ke Umrah telah mengundang rasa sebak dalam kalangan wargamaya.

Minta berkat suami

Menerusi perkongsian di TikTok Datuk Red, Adira yang mengenakan jubah berona merah sedang bersalaman dengan suaminya di dalam kereta.

Penyanyi itu juga dilihat mengucapkan sesuatu ketika sedang bersalaman dipercayai meminta doa dan berkat daripada suaminya agar urusannya di Tanah Suci dipermudahkan.

Seperti dijangka, video berdurasi 0.30 saat itu telah menuai pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya.

Rata-rata yang singgah ke ruangan balas berasa sebak melihat momen tersebut selain mendoakan mereka kembali bersatu semula dan tidak meneruskan proses perceraian yang sebelum ini difailkan oleh Adira.

Saya doakan Datuk Red serta isteri-isterinya tidak bercerai. Sayang pada perhubungan keluarga dan semoga kekal harmoni.

Semoga Adira jumpa jawapan di sana (Makkah) dan kekal jodoh berpanjangan.

Sedih pula tengok Adira salam Datuk Red, insya-Allah hubungan mereka kekal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 𝔸𝔻𝕀ℝ𝔸 𝕊𝕌ℍ𝔸𝕀𝕄𝕀 (@adira.suhaimi)

Terdahulu, Adira menerusi hantaran di Instagram memaklumkan dia akan mengerjakan ibadah Umrah dan meminta orang ramai mendoakannya.

Sebelum ini, Adira nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Red dengan alasan tiada persefahaman.

Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertama, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim.

Video

@dato..red

good luck geng✌️😭😭😭

♬ hingga tua bersama – 𝚡𝚙𝚛𝚎𝚜𝚒𝚖𝚞𝚜𝚒𝚔

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Tiktok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*