Banyak lagi isu penting, Amelia Henderson beng4ng loket rantai dipakainya pula jadi pendeb4tan netizen

PELAKON Amelia Henderson meminta netizen berhenti berbalah dan mempersoalkan mengenai loket rantai dipakainya yang dikatakan menyerupai bentuk salib.

Kata Amelia atau Amelia Thripura Henderson, 28, banyak lagi isu penting boleh diperbincangkan dan tidak sepatutnya hal berkaitan aksesori wanita itu menjadi perdebatan netizen.

Amelia membuat perkongsian itu menerusi hantaran di aplikasi X.

“Saya sebenarnya tidak mahu membincangkan perkara ini, tetapi saya sangat marah, jangan ganggu saya.

“Saya tak faham, banyak perkara buruk terjadi di dunia kita sekarang sebaliknya orang ramai bising melihat rantai?” katanya.

Amelia berkata demikian bagi menjawab satu ciapan seorang pengguna di aplikasi X pada petang Rabu.

Pemilik akaun berkenaan hairan apabila Amelia menerima kecaman dan menjelaskan loket rantai dipakai itu bukanlah berbentuk salib, sebaliknya ia merupakan loket ballerina.

Status agama Amelia sehingga kini menjadi tanda tanya netizen.

Pada awal April lalu, pelakon filem Pulau ini memuat naik video menggunakan filter lucu bersama kekasihnya yang juga aktor, Aedy Ashraf di aplikasi TikTok.

@ameliath

ur last two brain cells @Aedy Ashraf

♬ original sound – yes this is amelia 🙄😂 – yes this is amelia 🙄😂

Bagaimanapun perkongsiannya itu dibanjiri dengan komen netizen yang mempersoalkan bentuk loket rantai yang dipakai Amelia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*