Bakal menyambut kelahiran cahaya mata kedua tidak lama lagi, penyanyi Shila Amzah menyatakan dia memilih untuk bersalin di Hospital Canselor Tuanku Mukriz UKM (HUKM).
Hospital separa kerajaan
Menurut Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, 34, dia memilih hospital tersebut kerana kos rawatan yang berpatutan.
Antara sebab lain juga kerana hospital itu merupakan separa kerajaan.
Saya pilih untuk bersalin di HUKM sebab separuh kerajaan separuh swasta. Kemudian di sana ada pilihan untuk private. Tapi semua pakar ada di situ, jadi sekiranya ada apa-apa berlaku senang.
Macam sebelum ini saya patut bersalin normal, tetapi ada berlaku komplikasi terus ke bahagian kecemasan. Tetapi bil tidak gila (mahal).
Shila berkongsi mengenai perkara itu ketika menjawab pertanyaan daripada pengikutnya sewaktu melakukan sesi soal jawab atau ‘Q&A’ di Instagram Story miliknya, baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelantun lagu Patah Seribu itu turut berkongsi pengalaman rakannya yang bersalin di hospital swasta dan dikenakan caj RM21,000 untuk tiga hari.
Kawan saya beranak di hospital swasta di KL, bersalin secara normal. Tetapi hanya tiga hari berada di hospital tanpa sebarang ‘drugs’ (ubat), telah dikenakan caj RM21,000.
Untuk info, Shila sah bergelar isteri kepada pempengaruh Ubai MZ pada 5 Ogos 2023 dan kini sedang hamil anak pertama hasil perkongsian hidup bersama.
Shila sebelum ini pernah bercerai talak satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Instagram
Leave a Reply