‘Aliff Aziz Tunjuk 400 Lebih Bukti Gambar, Video, Tiket Penerbangan Bella & Muaz’ – Caprice

Pendedahan demi pendedahan terbongkar berhubung kes dakwaan curang antara pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies. Kemelut rumah tangga pasangan selebriti tu dilihat makin rumit hari demi hari.

Bukti curang?

Selebriti media sosial, Caprice juga turut tampil mendedahkan tentang isu tersebut menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IG).

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata Aliff ada menghubunginya dan memberi semua bukti-bukti dakwaan curang yang dilakukan isterinya, Bella Astillah bersama pelakon Muaz Zabir.

Selepas the video went up, Aliff ada contact Caprice dan bagi tahu sebenarnya semua pihak ada kes tidak setia dalam hubungan rumah tangga.

Macam biasa, Cap minta bukti sebelum buat apa-apa content. Aliff tunjuk kepada saya 400++ gambar, video, tiket penerbangan isterinya dan Muaz.

Aliff kemudian bertindak dengan membuat laporan polis berhubung kes tersebut selepas dinasihati oleh Caprice.

Cap nasihat Aliff serah segala bukti 400++ foto, video kepada pihak polis. Dia buat sebelum raya, cuma dia tidak bagitahu siapa-siapa, media atau buat posting.

Dalam pada itu, pempengaruh berusia 35 tahun tersebut turut mendakwa bahawa Bella juga ada menghubunginya.

Selepas Cap post konten Bella dan Muaz, tak sampai 20min, Bella telefon dan minta Cap turunkan video tersebut sebab takut anak-anak dia nampak.

Cap cakap okay, cuma selepas berita pasal Muaz tu keluar, ada mangsa-mangsa lain yang DM Cap dan minta tolong. Kita share dengan Bella dan dia pun setuju untuk jumpa.

Pendedahan Sarah Yasmine

Semalam, seorang wanita yang dikaitkan dengan Aliff iaitu Sarah Yasmine sekali lagi memuat naik beberapa bukti perbualan yang dipercayai antara aktor itu dengan Ruhaines.

Dalam masa yang sama, Sarah mendakwa Caprice turut terlibat di dalam kes tersebut.

Terdahulu, Sarah mengaku bahawa dia adalah ‘kekasih gelap’ kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan Ruhaines.

Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella. Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : IG Caprice & IG Sarah Yasmine

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*