Chacha Maembong rasa terc4lar, tuntut Ruhainies bersihkan nama

PELAKON Chacha Maembong tidak berdiam diri apabila namanya turut dikaitkan dalam perbualan mesej WhatsApp dipercayai di antara Aliff Aziz dan individu bernama ‘NRF’ yang tersebar sejak malam Rabu.

Chacha atau Siti Aisyah Rohani Ismail, 27, berkata, dia terus menghantar mesej kepada pelakon Ruhainies bagi mendapatkan penjelasan kerana dia tidak pernah masuk campur dalam isu berkaitan membabitkan mereka.

“Saya hantar mesej kepada Ruhainies dan bertanya kenapa petik nama saya sebab saya tidak masuk campur dalam urusan mereka.

“Saya tanya bila masa saya cakap Bella menangis dekat saya? Korang punya masalah kenapa petik nama saya?” soalnya.

Perbualan NRF dan Aliff yang mengaitkan nama Chacha serta kakaknya.

Chacha berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada awal pagi Khamis.

Dalam pada itu, Chacha turut menunjukkan bukti dia menghantar mesej kepada Ruhainies dan pelakon kontroversi itu seolah-olah mengelak menjawab pertanyaan yang diajukan.

Ruhainies dalam mesej balasannya menerusi Voice Note (VN) hanya memberitahu perbualan tersebar itu adalah di antara dia dan Aliff yang disebarkan oleh pihak lain.

“Itu perbualan di antara I dan Aliff… I tak tahu minah itu nak hacked telefon dia (Aliff) macam tu. You faham tak?

“Itu kan benda lama yang hari tu kita jumpa, yang kita video call tu selepas cakap dengan Emma dan you tu,” kata Ruhainies.

Bagaimanapun kata Chacha, mesej lain dan panggilan telefon yang dibuat kepada Ruhainies bagi mendapatkan jawapan tidak dibalas selepas itu.

Enggan mengeruhkan lagi keadaan, Chacha memohon Ruhainies membersihkan namanya kerana perkara yang tersebar adalah fitnah selain dia juga tidak pernah mengutuk Bella Astillah.

“Saya (hantar) mesej dia lagi kata orang kecam saya, cakap nama saya bercakap fasal Bella tetapi perkara itu tidak betul.

Chacha tidak mengambil pusing tentang apa yang berlaku antara Ruhainies dan Aliff.

“Saya tidak boleh biarkan sahaja kerana saya tiada kena mengena dan tidak hubungi dia langsung. Saya minta dia bersihkan nama saya.

“Namun dia tidak membalas mesej itu. Saya telefon dia juga tetapi tidak dijawab,” jelasnya.

Menjelaskan kekeliruan yang berlaku, Chacha berkata, dia tidak pernah menelefon Ruhainies seperti didakwa malah tidak mempunyai hubungan rapat dengan aktres tersebut.

Malah dia sendiri tidak mahu mencampuri urusan orang lain apatah lagi jika sesuatu perkara itu tiada kena mengena dengan kehidupannya.

“Ceritanya saya tengah makan, mereka sedang buat panggilan video dan tiba-tiba telefon diberikan kepada saya.

“Bukan saya minta nak bercakap sekali… Bukan saya yang nak cakap dengan dia (Ruhainies). Saya cakap saya tak tahu apa yang berlaku dan tak mahu tahu pun tentang masalah mereka.

“Apa yang saya tahu pun sebab baca di media sosial. Saya tak mahu ambil pusing,” ujarnya.

Pada malam Rabu, individu yang mendakwa kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine mendedahkan pelbagai perbualan di antara Aliff dan NRF.

Nama Ruhainies (kanan), Bella, Aliff dan Sarah (kiri) kembali hangat di media sosial.

Antara perkara yang mencuri perhatian ialah perbualan mengaitkan nama Chacha dan kakaknya, Emma Maembong yang didakwa memperlekeh kenyataan Bella seperti bersungguh-sungguh untuk membuatkan netizen percaya terhadapnya.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan pelakon Ruhainies ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Bella pada 13 Mac lalu memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres namun semasa sebutan kedua permohonan itu pada 4 April lalu, pelakon kelahiran Singapura itu enggan menceraikannya.

Manakala pada Isnin lalu, Sarah mendedahkan dia adalah kekasih Aliff dan selepas itu bertindak menyebarkan pelbagai perkara tentang pelakon berkenaan melalui media sosial.

VIDEO

@wanitamatahari

PENJELASAN @ChaCha Maembong 💐 #foryou #foryoupage #fyp #bellaastillah #aliffaziz #ruhainies #chachamaembong

♬ original sound – Milah & Bunga – Milah & Bunga

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*