Ruhainies tak terburu-buru buat laporan p0lis, ambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’

PELAKON Ruhainies tidak terburu-buru membuat laporan polis susulan pelbagai pendedahan dibuat seorang wanita asal Singapura iaitu Sarah Yasmine berkaitan kontroversi membabitkan dia dan aktor Aliff Aziz.

Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, sebaliknya berkata, ketika ini dia mahu melihat kepada keadaan terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan.

Jelasnya, jika keadaan mendesak dan benar-benar memerlukan, barulah dia akan membuat laporan polis termasuk kepada Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) seperti disarankan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Ruhainies tidak mahu ambil langkah terburu-buru.

“Seniman ada nasihatkan untuk ambil tindakan tetapi buat masa sekarang ini saya tak boleh nak kata apa-apa lagi. Saya mahu tengok keadaan terlebih dahulu.

“Sekiranya perlu, saya akan buat laporan polis dan kepada SKMM,” katanya.

Sebelum ini, Seniman menerusi satu kenyataan media menggesa semua individu terlibat dalam pendedahan dibuat Sarah di Instagram miliknya tampil membuat laporan polis termasuk kepada pihak SKMM.

Dalam pada itu, Ruhainies menegaskan dia tidak mahu lagi memanjangkan kontroversi tersebut sebaliknya mahu segera menamatkan persengketaan yang berlaku.

Jelas Ruhainies, dia hanya mahu kembali fokus kepada kerjaya seni memandangkan kontroversi melibatkan namanya sudah berlarutan terlalu lama.

“Saya tak mahu panjangkan isu dan ingin berdamai. Kalau boleh saya nak tutup buku lama dan buka buku baru selain teruskan kehidupan seperti biasa.

Saya harap tiada pihak yang cuba mengeruhkan lagi keadaan, cetuskan provokasi dan melaga-lagakan sebab saya cuba untuk berdamai

RUHAINIES

PELAKON

“Saya ada banyak benda nak fokus. Isu ini sudah berlarutan selama dua bulan… Saya sebagai artis tidak mahu bagi pengaruh buruk kepada masyarakat,” ujarnya.

Pinta pelakon ini, dia berharap tiada lagi pihak cuba mengeruhkan lagi keadaan selain mencetuskan kontroversi lain terhadap perkara yang sedang berlaku.

“Saya harap tiada pihak yang cuba mengeruhkan lagi keadaan, cetuskan provokasi dan melaga-lagakan sebab saya cuba untuk berdamai,” katanya.

Isu antara Ruhainies, Aliff, Bella dan Sarah menjadi bualan hangat.

Pada 9 Mac lalu, nama Ruhainies hangat diperkatakan selepas dia dan Aliff dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

Susulan kejadian tersebut, isteri Aliff, Bella Astillah mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac namun aktor itu enggan menceraikannya.

Isu di antara mereka semakin rumit apabila Sarah tampil mendedahkan perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan seorang wanita dinamakan sebagai ‘NRF’.

Ruhainies juga secara terbuka memberitahu dia sedia berdamai dengan Bella.

Sarah sebelum itu mendedahkan dia adalah kekasih Aliff sejak Januari lalu.

Pendedahan itu membuatkan ramai bengang selain isu itu turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen.

Ruhainies kemudiannya secara terbuka menyatakan hasrat untuk berjumpa Sarah dan Bella pada Jumaat lalu.

Sarah pula dalam satu kenyataan sebelum ini memberitahu enggan berbuat demikian kerana enggan lagi tertipu dengan Ruhainies.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*