[VIDEO] Tular Video Faisal Halim Beri Duit Raya, Netizen Tak Pvtus Doa – ‘Semoga Sedekah Ini Menjadi Asbab Kesembuhannya’

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan beberapa kejadian buruk yang menimpa pemain-pemain bola sepak kebangsaan.

Antara yang menyayat hati adalah, Faisal Halim yang menjadi mangsa simbah asid sehinggakan mengalami kecederaan yang serius.

Duit raya untuk peminat cilik

@acong.wan

FAIZAL HALIM 7 DUIT RAYA 2024 #fyp #FYP #fyp #fypシ #fypシ゚viral #selangortiktok #KUSEL #mbpj #faizalhalim7 #selangorsampaimati❤️💛

♬ original sound – Acong Wan – Acong Wan

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Faisal atau nama lengkapnya Faisal Abdul Halim dilihat sedang memberi duit raya kepada peminat-peminat ciliknya yang hadir di stadium.

Meskipun dalam keadaan berebut-rebut, namun kanak-kanak tersebut teruja selepas menerima duit raya pemberian daripada idola mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap pemain bola sepak berusia 26 tahun itu yang disifatkan sangat pemurah dan menghargai peminat.

Dalam masa yang sama, mereka juga turut mendoakan agar Faisal diberikan kesembuhan selepas insiden disimbah asid.

Semoga sedekah ini menjadi asbab untuk kesembuhannya.

Allahu. Baiknya Faisal, walaupun guna duit gajinya mahu juga dia buat amal jariah. Jom doakan buat Faisal, semoga Allah mempermudahkan segala urusan.

Semoga asbab kebaikan dan pemberian dia ni Allah bagi keajaiban untuk sembuh.

Dengan kebaikan yang dia berikan, moga Allah angkat segala kesakitan yang ditanggungnya dan mendapat kesembuhan. Amin.

Sekadar info, Faisal mengalami lecur tahap empat selepas disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali sewaktu membawa anak dan isterinya ke sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.

Untuk rekod, kejadian khianat menimpa pemain bola sepak ini bermula apabila pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid telah disamun dan dipukul dengan sebatang besi boleh laras oleh dua lelaki dalam kejadian di Kuala Terengganu, Terengganu pada Khamis.

Terbaharu, pemain tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT), Safiq Rahim pula menjadi sasaran apabila kereta miliknya diserang oleh dua individu dengan menggunakan tukul besi berhampiran Pusat Latihan JDT.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : TikTok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*