‘Kami Kena Ikut Giliran’ – Misya Mazlan

Menjalani kehidupan berpoligami bukanlah perkara yang mudah terutama selepas kisah rumah tangga menjadi perhatian ramai.

Itulah apa yang dialami oleh isteri pertama kepada Aslam iaitu Misya Azlan dan isteri kepada pempengaruh, Abang Tesla iaitu Nurmajdina.

Hidup bermadu

 

@iphonemurahkelantan99

Misya: kitorang kena ikut giliran. Akak best lah satu-satu je. Be the one đŸ„č

♬ bunyi asal – Iphonemurahkelantan – Iphonemurahkelantan

Menerusi video yang dimuat naik oleh pempengaruh Farah Fakhira di Instagram Story (IG), kelihatan Misya bersama Nurmajdina sedang berjalan kaki menuju ke sebuah tempat.

Difahamkan mereka bertiga bercuti ke luar negara selepas mengerjakan umrah bersama-sama.

Namun yang menarik perhatian adalah perbualan mereka tentang pahit kehidupan bermadu.

Kami kena ikut giliran, kakak (Farah) bestlah satu-satunya sahaja.

Simpati dengan ujian rumah tangga dua wanita itu, Farah kemudian sempat menitipkan doa buat Misya dan Nurmajdina.

Topik ni sedih sebenarnya, tapi orang yang lalui dia belajar terima, belajar sabar. Part sabar ni paling susah. Saya doakan semoga Allah hapuskan setiap rasa sedih di hati mereka yang berjuang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi kesabaran yang dimiliki oleh mereka dalam melayari bahtera rumah tangga.

Walaupun saya tak lalui, tapi sebagai seorang perempuan saya boleh bayangkan rasanya macam mana. Moga terus kuat.

Mereka sedang berdamai dengan takdir. Walau mulut cakap reda, dalam hati siapalah tahu.

Sejauh manapun melancong, shopping sana sini namun disudut hati tetap sedih bunyinya.

Terdahulu, nama Abang Tesla kecoh menjadi bualan ramai selepas dia mengumumkan bernikah sekali lagi dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Syafiqah.

Manakala, madu kepada Misya iaitu Marissa Dania pula didakwa telah berkahwin dengan suaminya, Aslam di Thailand. Marissa dan Aslam juga didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : TikTok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*