Pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP hanya RM250 sehari… Perlu guna proses e-KYC jika mahu lebih

PENCARUM Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk mengeluarkan wang daripada Akaun Fleksibel (Akaun 3) secara terus sebanyak RM250 sehari.

Jika mana-mana pencarum berhasrat untuk mengeluarkan wang lebih daripada RM250, mereka perlu melalui proses e-KYC (electronic Know-Your-Customer).

Proses e-KYC merupakan kaedah pengesahan identiti pencarum menerusi teknologi pengecaman wajah di aplikasi KWSP i-Akaun.

Selain itu, pencarum juga boleh berkunjung ke mana-mana pejabat KWSP terdekat bagi pengesahan cap jari untuk pengeluaran lebih RM250.

Menurut KWSP lagi, pencarum hanya boleh membuat pindahan wang ke akaun bank sekali sehari dengan minimum RM50.

Untuk rekod, media sebelum ini melaporkan transaksi Akaun Fleksibel boleh dibuat oleh pencarum bermula 12 Mei sehingga 31 Ogos.

Akaun Fleksibel adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10 peratus jumlah simpanan ahli, bertujuan memenuhi keperluan kewangan jangka pendek mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*