Dahlia Rizal Rasa Kena Fitn4h Dituduh Tak Bersuara – ‘Saya Faham Kenapa Ada Yang Bersangka Macam Tu’

Gara-gara didakwa mempromosikan barangan berkaitan Israel, bilangan pengikut personaliti media sosial, Dahlia Rizal telah berkurangan.

Unfollow media sosial

Tinjauan di TikTok mendapati pengikut Dahlia sebelum ini adalah 503, 965 dan terkini jumlah pengikutnya berkurangan iaitu seramai 487,200.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kecewa dan bertindak untuk tidak lagi mengikuti Dahlia di media sosialnya sejak semalam. Malah ada di antara mereka turut menyekat (block) pempengaruh itu.

Dalam masa yang sama, warganet juga menyenaraikan beberapa nama selebriti lain yang didakwa turut mempromosikan produk Israel.

Dahlia Rizal downfall era ke ni?

Sorry Dahlia.

Dah buat, walaupun tak pernah follow.

Jangan buat dia seorang sahaja, ramai lagi artis lain.

Respon Dahlia

Tidak berdiam diri, Dahlia kemudian menjawab dakwaan warganet yang memfitnahnya kerana tidak bersuara tentang kezaliman Zionis terhadap Palestin.

Menurut Dahlia, akaun Instagram (IG) sebelum ini pernah disekat berikutan tertalu banyak hantaran yang dikongsinya tentang peperangan yang berlaku.

Untuk cakap saya baru post tentang Palestin, itu adalah salah. Saya ada beritahu kepada pengikut saya sebelum ini yang saya pernah kena shadowbanned kerana banyak posting. Malah tak dapat akses ke akaun IG selepas terlalu banyak post tentang Palestin. Saya dapat log in dan akses semula selepas dua hari.

Saya faham mengapa ada yang bersangka macam tu dan saya tidak menyalahkannya. Tetapi buat fitnah dan cakap saya tidak pernah dan ‘baru saja’ nak post itu adalah salah. Tapi percayalah apa yang awak semua mahu percaya. Saya mengatakan ini untuk mereka yang sudah lama mengikuti saya dan mengetahui tentangnya.

Terdahulu, susulan majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin di serang oleh tentera Israel, ramai pengguna media sosial melancarkan gerakan Blockout2024 dengan memboikot selebriti Hollywood yang tidak menyokong Palestin.

Difahamkan gerakan itu juga turut dilakukan oleh warganet di Malaysia. Mereka meluahkan rasa kecewa berikutan ramai artis tempatan yang menjadi wajah untuk beberapa jenama terkenal antarabangsa yang diboikot.

Warganet juga dilihat kesal berikutan selebriti-selebriti tersebut didakwa masih lagi giat mempromosikan barangan berkaitan dengan Israel.

VIDEO

@gadis_affiliate

Sorry dahlia.. #freepalestine #alleyesonrafah

♬ Atouna El Toufouli – Suja’i Channel Sholawat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : TikTok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*