Shuk Sahar sedia tambah cahaya mata, percaya ada rezeki untuk anak-anak… Kos sara hidup tinggi tak jadi masalah

PELAWAK Shuk Sahar tidak menolak jika dia dan isteri iaitu Fara Salleh dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.

Kata Shuk atau Mohamad Shukri Mohamed Sahar, 38, mereka tidak merancang mengenai zuriat sebaliknya percaya dengan ketentuan dan takdir ditetapkan Allah SWT.

“Siapa kita untuk tolak sebab anak itu adalah rezeki. Buat masa ini tidak merancang atau apa.

Shuk tiada masalah untuk tambah anak.

“Andai kata ada rezeki itu ada di masa hadapan insyaAllah,” katanya.

Menyedari kos sara hidup kini semakin tinggi, Shuk bagaimanapun tidak terlalu bimbang soal berkenaan kerana percaya anak-anak juga merupakan salah satu pintu rezeki.

“Saya percaya anak itu pun ada rezeki mereka, silap-silap rezeki anak lagi besar dari rezeki kita.

“Mungkin juga kita yang menumpang rezeki anak nanti, jadi tak perlu rasa takut… insyaAllah ada rezeki dikurniakan zuriat saya tida menolak,” jelasnya.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera pada 2015 namun bercerai pada 22 Mac tahun lalu.

Shuk dan Fara berkahwin November tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun.

Meskipun tiada lagi ikatan, Shuk memberitahu hubungannya dengan Sera masih baik demi kebaikan anak-anak mereka.

Kemudian Shuk sekali lagi mendirikan rumah tangga bersama Fara pada November 2023.

Malah nama Fara juga pernah menjadi bualan hangat netizen apabila dia didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya bersama bekas isteri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*