Bekas penyanyi mentor, Nabil Zamanhuri meningg4l dunia pada pagi ahad

BEKAS peserta program Mentor musim pertama iaitu Nabil Zamanhuri meninggal dunia pada pagi Ahad.

Berita pemergian Nabil disahkan oleh rakannya yang memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang, Selangor.

Allahyarham berusia 37 tahun.

Nabil ketika menyertai Mentor.

“Ya betul Nabil telah pergi meninggalkan kita pagi tadi,” katanya ringkas .

Katanya, dia hanya menerima khabar namun tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai punca kematian arwah.

Sementara itu, ibu Nabil memaklumkan jenazah anaknya akan di bawa ke masjid di Ukay Perdana, Hulu Klang, Selangor selepas selesai proses bedah siasat.

Untuk rekod, Nabil pernah menyandang tempat naib juara di dalam program Mentor musim pertama pada 2005.

Antara lagu-lagu popular yang pernah dinyanyikan adalah seperti Kenangan Lama, Hati Ini, Selangkah dan Beku.

Selain menyanyi Allahyarham juga bergiat aktif dalam lakonan filem dan drama seperti Terbaik dari Langit, Aladdin, Ijab Kabut, BoBoiBoy Movie 2, dan Kamelia Katrina.

Allahyaram meninggalkan seorang balu iaitu Adelia Citra Hapsari dan dua orang cahaya mata perempuan.

Maklumat lanjut akan menyusul.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*