[VIDEO] Azlan, Hidayu s4h jadi suami isteri… Tok kadi nasihat tutup buku lama – “Dia menggeletar tapi steady”

SELEPAS kisah ‘gelap’ mereka menjadi buah mulut ramai, pasangan kekasih tular Mohd Azlan Ishak dan Nor Hidayu Halim selamat melangsungkan perkahwinan pada pukul 6.10 petang, Selasa.

Pasangan itu dinikahkan Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi Seberang Kota, Alor Setar, Kedah iaitu Muhammad Hazamer Muslim.

Azlan dan Hidayu selamat dinikahkan pada petang Selasa.

Ketika dihubungi, Hazamer berkata Azlan, 36, selamat bergelar suami kepada Hidayu, 34, dengan sekali lafaz.

“Saya dah selesai nikahkan pasangan tersebut, akad nikah pukul 6.10 petang dengan sekali lafaz sahaja.

“Pengantin perempuan iaitu Hidayu berwakilkan bapanya sendiri, disaksikan dua saksi iaitu imam ustaz Fahmi Mahamad dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid ini, Rusli Ahmad.

“Pertama kali bernikah, Azlan nampak menggeletar tapi dia steady,” ujarnya sambil menambah majlis itu dihadiri keluarga kedua-dua mempelai.

Menurut Hazamer, dia juga sempat memberi nasihat kepada pasangan itu agar melupakan kisah kontroversi dan meneruskan kehidupan baharu dengan baik.

“Saya nasihatkan pada mereka, Allah dah atur kehidupan yang baharu. Jadi tutup buku lama, buka buku baharu.

“Insya-Allah banyak rezeki yang Allah dah aturkan untuk mereka selepas ini,” ujarnya lagi.

VIDEO;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Diraikan dalam majlis serba ringkas, Azlan menyerahkan mas kahwin RM1,000 dan sebentuk cincin emas buat pasangannya yang berusia 34 tahun.

Azlan sah bergelar suami kepada Hidayu dengan sekali lafaz.

Azlan sah bergelar suami kepada Hidayu dengan sekali lafaz.

Menerusi foto yang dikongsi, pasangan itu dilihat mengenakan busana nikah rona putih yang ditaja oleh sahabat Azlan.

Terdahulu, Azlan dan isterinya merancang untuk mengadakan kenduri kecil-kecilan bersama keluarga pada 4 Jun ini.

Untuk rekod, Azlan dan Hidayu tular selepas gambar mereka membawa bayi lelaki berusia 11 bulan yang memakai alat bantuan pernafasan menaiki motosikal meraih perhatian ramai.

Selepas kisah tular itu, timbul pula cerita kurang enak apabila Azlan dan Hidayu diarahkan berpisah kerana duduk sebumbung tanpa hubungan perkahwinan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*