Selepas 3 kali b4tal, Raffi Ahmad akhirnya bakal tunai haji bersama keluarga tahun ini

SELEPAS tiga kali menolak tawaran mengerjakan haji, impian pelakon Raffi Ahmad mahu membawa keluarga menunaikan ibadah itu bakal tercapai tahun ini.

Menurut Raffi atau Raffi Faridz Ahmad, 37, mereka sekeluarga bakal menunaikan haji furada iaitu menggunakan visa yang dikeluarkan oleh Arab Saudi sendiri yang menelan belanja ratusan ribu ringgit.

Raffi turut memohon doa agar segala urusan ibadah mereka sekeluarga dipermudahkan.

Raffi dan keluarga mengikuti kursus ibadah haji.

“Alhamdulillah hari ini (Isnin) kami menjalani kursus ibadah haji furada. Bismillah semoga segala persiapan dan pelaksanaan haji keluar kami dipermudahkan,” katanya.

Raffi berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian yang dibuat, Raffi dan keluarganya dilihat mengenakan busana Muslim berwarna putih dan sedang khusyuk mendengar serta mengikuti panduan tatacara menunaikan haji.

Difahamkan, Raffi bakal berangkat menunaikan haji bersama keluarga terdekat termasuk isterinya Nagita Slavina, ibu mereka Amy Qanita, Rieta Amalia, adik-beradik Nisya Ahmad, Syahmaz Sadiqah, Caca Tengker bersama beberapa kakitangan Rans Entertainment.

Pun begitu, tarikh mereka sekeluarga berangkat ke Tanah Suci masih lagi belum diketahui.

Sebelum ini, Raffi sudah tiga kali membatalkan niat untuk menjalani ibadah haji dengan pelbagai alasan termasuk belum bersedia bagi melengkapkan rukum Islam yang kelima itu.

Pun begitu, aktor berkenaan masih menyimpan impian untuk menunaikan haji pada tahun ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*