Influencer Indonesia buat content burvkkan Malaysia… Rossa minta ‘report’, jangan sampai ros4kkan persahabatan 2 negara

TINDAKAN influencer dari Indonesia menghasilkan content video mengenai Malaysia yang boleh menimbulkan perbalahan di antara dua negara turut mengundang kebimbangan penyanyi Datuk Seri Rossa.

Bagi menangani isu ini, Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handayani, 46, berkata netizen dari kedua-dua negara perlu bertindak menyekat atau membuat laporan terhadap akaun media sosial yang berterusan menyebarkan kebencian.

Hal ini bagi menjaga keharmonian masyarakat dua negara yang selama ini sudah terjalin dengan baik.

Rossa masyarakat di Indonesia dan Malaysia kekal menjaga hubungan baik.

“Sekarang ini penggunaan media sosial begitu meluas sehinggakan sudah tidak pandang lagi kepada pendidikan.

“Tidak memandang rasa hormat terhadap orang lain. Menurut saya selaku pengguna media sosial block atau report sahaja akaun mereka.

“Bagi saya ia mengganggu keamanan dua buah negara. Jangan sampai perkara ini akan mempengaruhi persahabatan negara kita,” katanya.

Rossa mengulas perkara itu bagi menjawab isu mengenai seorang pempengaruh media sosial berasal Indonesia yang didakwa memburukkan nama Malaysia secara umum.

Dalam pada itu, Rossa memberitahu rakan-rakannya di Indonesia gemar ke Malaysia untuk menikmati makanan yang enak dan membeli-belah di negara ini.

Kata Rossa, tidak timbul isu memburukkan mana-mana negara kerana rakyat Indonesia juga suka melancong ke negara ini.

“Ramai sahaja rakan-rakan saya yang suka ke Malaysia untuk menikmati makanan di sini.

“Ramai yang suka menikmati pemandangan di sini juga malah ada yang gemar membeli-belah di Malaysia.

“Apa lagi kaum wanita, kami suka mencari barang-barang yang tidak dijual di Indonesia,” ujarnya.

Rossa menyifatkan segelintir individu tidak mempunyai rasa hormat kepada orang lain.

Sebelum ini, tular sebuah video yang dimuat naik oleh seorang wanita warga Indonesia mendakwa jarang melihat masjid dan tidak pernah mendengar laungan azan sepanjang berada di Malaysia.

Individu tersebut memuat naik di laman TikTok @pinotdiah dan memberitahu dia pernah ke beberapa buah lokasi di Terengganu, Kuala Lumpur dan Johor namun tidak pernah mendengar laungan azan.

Selepas menerima kecaman daripada netizen, wanita itu kemudiannya memuat naik video permohonan maaf.

VIDEO

 

@xtra_my

Tular di aplikasi X, seorang gadis dari Indonesia mengakui tidak mendengar suara azan sepanjang duduk di Malaysia. Kenyataannya pantas membuatkan netizen Malaysia naik berang dan menyerang kembali dengan kata-kata buruk hingga soal negara juga jadi ikutan. Nyata selepas isu ini menjadi panas dan besar selain hebat dikecam, dan beliau telah membuat naik satu kenyataan memohon maaf di atas kekeliruan yang terjadi selain memaklumkan video asalnya telah dipotong dan hanya diambil bahagian berbaur kontroversi Aksi spontan saya menangis kerana mendengar azan semasa mengambil bagasi itu adalah spontan dan tanda hati bergetar kerana mendengar seruan azan. Itu saja,” katanya yang mengakui terkesan dengan kata makian netizen Malaysia yang berang dengan kata-katanya itu. #fyp #xtra #wanita #indonesia #tidak #dengar #azan #malaysia #mohonmaaf #beritaditiktok #sembangentertainment Sumber: Minggua Wanita

♬ original sound – XTRA – XTRA

 

@pinotdiah

Mohon di buka kan pintu maaf yg sedalam2 nya kepada masyarakat #malaysia 🙏🙏 Atas VT saya yg viral dgn kurang nya info2 yg seharus nya saya Utara kan sebelum VT itu naik 🙏🙏 Krn tidak ada maksud berbohong atau pun fitnah .. saya harap sebelum komentar di baca baik2 keterangan di VT saya 🙏🙏 di akhir video adalah tempat saya tinggal di Johor yg tak ada masjid jd wajar saya tidak mendengar suara adzan 🙏 #cintadamai #malaysiatiktok #malaysianupdate #berandamalam #vtviral #vttiktok #adzan #suaraadzan #hamba #hambaallah #mohonmaaflahirdanbatin 🙏🙏🙏 @apisangler @akmal_1.8.2k @gengpantai @xda_hati00 @massiki67

♬ Musik Relaksasi – Formasi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*