“Jangan ambil dad4h!” – Cliff Umar tersal4h langkah, tiada kata gambar rasa penyes4lan

MENGAKUI kesilapan mengambil bahan terlarang, penyanyi Cliff Umar memberitahu dia menyesali perbuatannya itu.

Cliff atau Abdullah Umar Joseph, 42, berkata, tindakannya mengambil dadah adalah keputusan terburuk yang pernah dilakukannya.

“Hanya Tuhan sahaja tahu saya menyesalinya.

Cliff berkongsi luahan di Instagram.

“Jika anda ingin tahu kenapa saya buat perkara itu, saya sama seperti anda semua. Kadang-kadang saya buat pilihan buruk dalam hidup,” katanya.

Cliff berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Sabtu.

Dalam pada itu, Cliff memberitahu detik dia ditahan atas kesalahan memiliki dadah jenis heroin pada 26 Mei lalu adalah tamparan untuk dia mengubah hidupnya.

Malah Cliff turut menasihati masyarakat agar tidak mendekati najis dadah kerana ia bukan sahaja merugikan tetapi akan dimalukan seperti seorang penjenayah.

“Jangan ambil dadah! Melainkan anda nak dimalukan seperti seorang penjenayah dan terpampang di media sosial serta berita nasional.

“Ini adalah petanda untuk saya berubah menjadi lebih baik. Ini semua adalah terbaik untuk saya tinggalkan semua ini dan memulakan hidup baru,” jelasnya.

Cliff kongsi nasihat agar tidak terlibat dengan dadah.

Penyanyi itu turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya iaitu Anita kerana sentiasa memberi sokongan ketika dia berdepan dakwaan memiliki bahan terlarang.

Malah Cliff memberitahu dia pastinya akan buntu jika tanpa kehadiran isteri tersayang di sisinya.

“Jika tidak kerana awak (isteri), mungkin saya sudah tiada. Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya. Saya tidak akan kecewakan awak lagi,” ucapnya.

Cliff sebelum ini pernah bergelar juara GV7.

Pada Khamis lalu Cliff mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam kerana memiliki dadah jenis heroin seberat 0.39 gram.

Juara program Gagar Vaganza musim ke-7 ini ditahan pihak berkuasa di Subang Jaya atas kesalahan tersebut.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM3,300 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan laporan kimia ditetapkan 31 Julai depan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*