‘Kehadiranmu Amat Bermakna Dalam Hidup’ – Azrinaz Dedikasi Ucapan Ulang Tahun Kelahiran Ke-18 Buat Putera Abd. Wakeel

Anakanda Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Putera Abd. Wakeel menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-18, pada Sabtu.

Ulang tahun ke-18

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naz Mazhar (@azrinazmazharhakim)

Bersempena hari yang bermakna itu, ibu kepada Putera Abd. Wakeel iaitu bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim minitipkan ucapan istimewa buatnya.

Selamat ulang tahun ke-18 kepada putera raja yang dikasihi. Semoga menjalani hari yang istimewa dan bahagia.

Semoga dilimpahi dengan kasih sayang dan diberkati. Kehadiranmu sesuatu yang amat bermakna dalam hidup dan berasa bersyukur kerana memilikimu. Saya menyayangimu selamanya.

Azrinaz berkongsi ucapanya menerusi hantaran di Instagram beserta sekeping foto lama dia bersama anaknya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya dan peminat turut menitipkan ucapan selamat ulang tahun dan doa kepada Putera Abd. Wakeel.

Imbas kembali, Azrinaz sebelum ini pernah bergelar menjadi isteri kedua Sultan Brunei pada tahun 2005, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama lima tahun.

Selain Putera Abd. Wakeel, Azrinaz turut memiliki seorang anak perempuan bersama Sultan Brunei iaitu Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Azrinaz kemudian mendirikan rumah tangga dengan Firoz Khan Abdul Hamid yang juga bekas rakan sekerjanya di TV3 pada 1 Mei 2018.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Areesya Malaykha, 5 dan Atheera Medinah, 3.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*