Syasya Rizal Jawab Dakwaan Nenek Tidak Restu Perkahwinan – ‘Dia Terkejut Sebab Balik Dari Makkah, Saya Nikah’

Sebelum ini, timbul dakwaan mengatakan pelakon senior, Rozie Othman didakwa tidak merestui perkahwinan cucunya yang juga bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal dengan suami, Nasrullah.

‘Sudah bagi hint’

Susulan itu, Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 23, tampil memberi penjelasan mengatakan dia sudah memberi bayangan awal kepada neneknya mengenai keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Namun, memahami perasaan neneknya yang ketika itu sedang mengerjakan Umrah terkejut apabila keputusan itu dibuat begitu cepat.

Sebenarnya saya sudah cakap dan bagi ‘hint’ dekat nenek yang saya mahu kahwin. Saya seorang yang suka simpan masalah dan sesuatu hal sendiri, kemudian dah lama baru beritahu orang.

Saya minta doakan hubungan saya, kebetulan dia sedang mengerjakan Umrah dan minta doakan di sana. Dia terkejut sebab balik sahaja dari Makkah, saya nikah.

Sebelum nak majlis akad nikah, ada telefon dia beritahu. Sebab tak sangka nak nikah ketika dia sedang berada di Makkah.

Syasya berkata demikian ketika ditemui pada majlis resepsinya yang berlangsung di Magica Subang Hall, pada Sabtu.

Sementara itu, Nasrullah memberitahu, dia dan isteri sudah berjumpa dengan Rozie sejurus dia pulang dari mengerjakan Umrah dan sudah menjelaskn segala perkara secara terperinci.

Saya dan isteri sudah lama tidak berjumpa dengan dia, selepas kami bernikah ada pergi bertemu dengan nenek dan dia sangat baik. Dia terima perkahwinan kami, dia ada belanja tau fu fah (makanan).

Dalam pada itu, Syasya turut mengulas mengenai khabar angin yang timbul mengatakan Nasrullah tidak bekerja.

Nenek pun faham sahaja perangai kebanyakan nenek yang dengar cerita daripada pelbagai pihak. Kemudian buat rumusan daripada cerita yang didengar.

Bila dah jumpa nenek dan terangkan segalanya dan dia sudah jumpa Nasrullah berdepan, dia gembira dan ucap alhamdulillah.

Imbas kembali, pada 8 April lalu, Syasya mengejutkan peminat apabila dia mengumumkan tidak lagi bersama Dolla dan difahamkan keputusan tersebut dibuat atas faktor peribadi.

Bagaimanapun pada 21 April lalu, pihak syarikat rakaman Universal Music Malaysia mengesahkan Syasya sudah selamat bergelar isteri. Hal itu, susulan foto pernikahan Syasya dan suami tersebar di media sosial.

VIDEO PERNIKAHAN SYASYA

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*