“Serba Serbi Boleh!” – Ceburi Bidang Hiasan Dalaman, Ramai Wanita Idam Jadi Macam Hanis Zalikha

Pelakon dan pengacara Hanis Zalikha mencvri perhatian wargamaya apabila tampil dengan satu projek hiasan dalaman sebuah bilik air hasil cetusan ideanya tersendiri. 

Menerusi laman sosial Instagram, Hanis berkongsi foto projek terbarunya itu untuk tatapan umum. 

Projek hiasan dalaman terbaru untuk pelanggan saya. Gementar tak. #decorkeknis,” tulis Hanis sebagai kapsyen.

Menerusi perkongsian itu, Hanis sedang meneliti kertas dinding yang bersesuai untuk digunakan sebagai penghias bilik air serba mewah itu. 

Malah, Hanis turut meletakkan satu tempat khas seperti mangkuk untuk mengambil wuduk yang menarik perhatian ramai. 

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang memuji kebolehan Hanis mencantikkan sesuatu kawasan dan merasakan dia boleh bergelar seorang pereka hiasan dalaman kelak. 

Malah, ada juga yang turut menggelarkan Hanis sebagai seorang wanita serba boleh yang pandai melakukan pelbagai pekerjaan seperti penulis blog, pelakon, pengacara, pereka tudung, personaliti media sosial, pereka hiasan dalaman serta seorang ibu. 

“Masak sedap, cantik pulak. Interior design pun boleh. Macam mana nak jadi macam Keknis ni?” tanya seorang wargamaya.

“Dari awal sekolah menengah lagi minat Keknis sebab tahu Keknis ni ada banyak bakat dan kadang berangan nak jadi macam tu. OMG so creative,” puji seorang wargamaya.

“Blogger, pengacara, pelakon, ladyboss, interior designer, influencer.. fuhhh,” komen seorang wargamaya.

“Wahh decor pulak! Tolong hiaskan rumah saya,” cadang seorang wargamaya.

“Serba serbi boleh ni. Inspiring!” kata seorang wargamaya lagi. 

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 100,000 tanda suka daripada pengikutnya. 

Terdahulu, Hanis pernah berkongsi beberapa sentuhan hiasan dalamannya seperti ruang tamu, dapur dan meja makan acara yang dihias sendiri bersama suaminya, aktor Hairul Azreen. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*