Pemilik Bunga Tangan Intan Ladyana Ded4h Perkara Sebenar, Kecewa Hasil Kerja ‘Dic1plak’ Tanpa Pengetahuan

Umum mengetahui bahawa pelakon terkenal Intan Ladyana bersama pasangannya, Harris Aliff telah selamat diijabkabulkan pada 5 Februari 2021 di Pejabat Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur pada jam 10 pagi dengan sekali lafaz.

Namun disebalik kegembiraan mereka, terselit cerita-cerita yang kurang enak didengar di mana timbul pula isu mengenai bunga tangan ataupun hand bouquet yang digayakan oleh Intan pada hari pernikahannya itu sebenarnya adalah hasil kerja pemilik kedai bunga tangan @fleurytale.my dan bukan daripada rakan penaja @haejabudiman.co.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? (@intanladyana)


Al-kisahnya, pemilik kedai bunga tangan @fleurytale.my yang dikenali sebagai Elissa memberitahu kepada Hot FM bahawa beliau telah menerima tempahan daripada @haejabudiman.co, namun tidak mengetahui bahawa mereka juga pemilik bisnes bunga tangan (florist) dan merupakan penaja kepada hari pernikahan pelakon berkenaan.

Menurut Elissa, beliau tidak mengenali individu yang membuat tempahan tersebut, pada mulanya dia menyangka bahawa tempahan bunga tangan itu ditempah oleh florist berkenaan untuk rakannya kerana florist itu enggan mengisi maklumat yang diperlukan seperti laman Instagram beliau.

“I was contacted by someone which i didn’t know that she was also a florist. So initially i had no knowledge whatsoever and i thought she was just buying it for her friend. For bookings i had a form for my clients to fill out their details including their instagram @, which she didn’t fill it in so i assumed she just doesn’t have an ig”

Photo by Hot FM ?? on (1)

Malah florist berkenaan juga tidak mahu Elissa meletakkan apa-apa kad yang memaparkan brand beliau di bunga tangan berkenaan.

“She then said to not include any card. At first, i was like oh i don’t put any cards just my brand tags. And she specifically said not to put it, so i respected her request.”

Tidak menyangka keesokan harinya, Elissa mendapati bahawa bunga tangan yang telah digubahnya itu dijumpai di laman explore Instagram, tetapi hasil kerjanya itu telah dikreditkan kepada florist tersebut dan bukan mereka.

“So the next day (which is 6th February), intan was on my explore page which the bouquet seemed extremely familiar. Then it was in fact my work since the similarities were way too much, as even the ribbon colour was the exact one i did. Then i saw it was credited to Haejabudiman.co.”

Bunga tangan Intan 1

Meluahkan rasa kesal, Elissa merasakan bahawa dirinya dit1pu dan kecewa kerana florist berkenaan tidak bersikap jujur dalam hal tersebut.

Sementara itu, Elissa ketika dihubungi Hot FM berkata, beliau sudah menghubungi florist berkenaan untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara tersebut.

“I contacted them again and she apologised cus she was in her confinement period and she can’t fulfil their request. It’s actually a sponsorship contract between them. But i’m not so sure if she gets the facts that it is actually unethical for her to do that since she just rips off my work, claim it as hers as it’s all over social media” 

Menurut Elissa, pemilik florist berkenaan memberitahu beliau bahawa dirinya kini sedang berpantang dan tidak dapat memenuhi permintaan awal sebagai penaja seperti yang dipersetujui di dalam kontrak.

Disebabkan itu mereka terpaksa berbuat demikian dan turut memohon maaf dengan apa yang berlaku.

Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Elissa meminta kepada semua untuk tidak membuat apa-apa kenyataan kontr0versi kerana isu berkenaan masih dalam siasatan pihak mereka.

Malah, difahamkan pihak pengurusan pelakon berkenaan juga sudah mengetahui mengenai perkara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya antara kedua-dua belah pihak.

Harap Elissa dan florist berkenaan dapat selesaikan isu ini secara baik dan profesional.

Setiap suatu masalah, pasti ada jalan penyelesaian.

Sumber : Elissa (Pemilik @fleurytale.my)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Hot Fm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*