Lama ‘Menyorok’ Daripada Sosial Media, Sekali Ini Netizen Perasan

Setiap orang mempunyai fasa untuk berehat daripada media sosial dan hal itu tidak hanya terjadi kepada kita sahaja, golongan selebriti turut sering melakukan aktiviti cuti sosial media ini.

Pelakon berbadan sado, Zul Ariffin atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin turut berehat sebentar daripada sosial media dan kali terakhir beliau kongsikan foto dirinya ialah pada tanggal 17 Januari lalu.

7 Februari lalu beliau ada memuat naik fotonya ketika berada di dalam kereta sambil memakai baju melayu atau jubah berwarna putih.

Alamak! Kenapa pakai warna putih? Entah entah baru balik nikah tak? Hehe!

Rata-rata peminat setianya berasa teruja dengan fotonya itu dan akui merindui aktor kegemaran mereka.

Dalam masa yang sama, ada juga yang berharap agar Zul tidak lagi menghilangkan diri dan sentiasa kongsikan fotonya bersama dengan peminat.

Sebelum ini, pelakon filem J Revolusi itu sering kongsikan fotonya di posting atau Instagram story miliknya.

Sumber foto: Instagram Zul Ariffin

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*