Aiman Tino Tak ‘Hilang’, Ini Respon Luahan Ibu

Selepas satu posting yang dimuat naik ibu kepada Aiman Tino, iaitu Hazelina Mat Jalil yang seolah-olah terkilan atas sikap Aiman yang sukar dikesan dan dihubungi lalu mengabaikan dunia seni, penyanyi berkenaan tampil menjelaskan salah faham.

Memetik BH Online, Aiman atau nama sebenarnya, Mohammad Aiman Yusri, menjelaskan apa yang berlaku atas khilafnya sendiri.

“Semuanya salah faham dan khilaf atas diri sendiri. Tabiat saya sejak dahulu lambat membalas mesej diterima melalui WhatsApp dan menjawab panggilan lalu timbul andaian itu dan ini.

“Ini termasuk Mama yang meluahkan perasaan di IG. Saya ada kalanya terlupa hendak membalas panggilan orang lain dan mengabaikan mesej diterima,” katanya.

Terdahulu, hantaran yang dibuat Hazelina melalui Instagram itu menjadi perhatian peminat sejak malam tadi.

“Perkara begini yang saya ambil mudah membuatkan orang lain termasuk ibu bapa terkilan… Sampai mereka boleh fikir macam-macam,” katanya yang segera pulang ke rumah keluarga di Kuala Kubu Baru, Selangor untuk meleraikan masalah.

Pada masa sama, penyanyi lagu Dendam Simpati ini turut menyedari sikap sambil lewanya itu memberi kesan kepada ramai pihak termasuk ahli keluarganya.

“Saya mengaku sikap begini mendatangkan masalah kepada karier. Ibu bapa mana yang tidak risau jika berdepan kelakuan anak begini.

“Saya harap tabiat ini dapat diubah demi kebaikan. Saya tak boleh fikir mudah dan ambil ringan perkara yang sebenarnya penting hingga boleh menyusahkan orang lain,” katanya.

Menjawab dakwaan konon dikongkong gadis dikenali sebagai ‘Farah’, Aiman mengaku mereka berkenalan atas urusan kerja.

“Apa yang terjadi tidak perlu babitkan dia atau orang luar. Macam saya cakap, semua ini silap sendiri,” katanya.

 

Dalam perkembangan lain, Aiman bakal tersebut di dalam konsert virtual, ITSU 360 Care U yang bakal distrim secara langsung dari Mega Star Arena, pada 20 Februari depan.

Selain Aiman, konsert tersebut turut membariskan beberapa artis terkenal tanahair seperti Ella, Wany Hasrita, Naim Daniel dan Ernie Zakri.

Sumber, Foto: BH Online, Intagram Aiman Tino

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*