Aoran Aziz Dan Dayang Nurfaezah Lancar Pelitup Muka Tapi… Ini Harganya Memang Tak Masuk Akal

Baru-baru ini Yayasan A1DS Malaysia (YAM) memperkenalkan pelitup muka fabrik eksklusif bersama Selebriti Sokongan Riben Merah (RRCS) dengan siri pertama diinspirasikan daripada pelakon dan pengarah filem, Dato’ Aaron Aziz dan penyanyi, Dayang Nurfaizah.

Menyokong Usaha YAM

Penjualan pelitup muka ini adalah bagi menyokong usaha YAM dalam membantu Orang Yang Hidup dengan HIV (ODHIV). Segala keuntungan akan disalurkan kepada komuniti berkenaan dalam program Raw4tan, Penjagaan dan Sokongan.

Pelitup Muka Yang Direka Khas

Berharga RM39.90, pelitup muka ini boleh didapati di laman web yam.org.my dan laman rasmi Shopee YAM iaitu shopee.com.my/maf.os. Pelitup muka ini direka dengan corak khas mengikut personaliti dan keaslian dua artis berkenaan.

Mematuhi Standard Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Pelitup muka ini melepasi ujian efisiensi penapisan bakteria menjadikannya selamat untuk digunakan. Produk ini dibungkus dengan kemas bagi jaminan kualiti dan kebersihan. Ia juga mudah dibersihkan untuk kegunaan setiap hari.

Beli Sekarang Untuk Dapatkan Diskaun

Pembeli kini berpeluang mendapatkan diskaun 10% sepanjang tempoh pra-tempahan bermula daripada 22 April sehingga 30 April 2021 menerusi pembelian di yam.org.my atau shopee.com.my/maf.os.

Dapatkan tambahan diskaun 5% apabila anda menggunakan kod khas daripada setiap selebriti bagi pembelian di Shopee. 200 pembeli pertama berpeluang mendapatkan kad ucapan khas dengan tandatangan Dato’ Aaron Aziz dan Dayang Nurfaizah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://murai.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*